27 April 2016

Ultherapy..hari ke 22 kulit muka makin flawless



Bila kak z pegang kulit muka rasa licin. Team blogger Melaka pun tegur kulit kak z nampak lembut dan licin. Tadi pergi meeting pun ada bagitau perubahan kulit muka kak z. Lebih flawless. Baru seminggu tak jumpa dah nampak perubahannya.

Kak z baca kesan dalam masa sebulan selepas ultherapy, warna kulit akan berubah menjadi sekata. Kulit muka juga mengalami kesan yang sama. Kulit jadi lembut. Kak z tidak ubah pun 'skin care'. Masih yang sama. Cara jagaan pun sama. Kak z hanya ubah cara makan, tidur dan lifestyle supaya lebih sihat. Sebab hendak meningkatkan collagen kak z.

Perubahan pada muka selepas ultherapy ada berlainan antara orang lain. Pipi kak z naik sikit agi. Kelopak mata yang turun sebab sembab ada perubahan 20%. Kena faham ultherapy kesan bukan serta merta . Hanya selepas 180-240 hari baru kita boleh melihat ketara.

Kak z bukan hendak riak cerita pasal muka kak z nampak muda. Tapi seronok kongsi dengan uols apa yang kak z rasa selepas treatment ini. Treatment ini menguji kesabaran tau. Sebab nak tunggu keputusan lama. Ultherapy tidak seperti suntik botox dan pembedahan yang kita boleh lihat serta merta. Oleh itu kak z kena sabar. Rasanya boleh pakai untuk raya atau tidak muka ultherapy? Chiokk z.. you can do it..

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...