27 April 2016

The Straits Hotel and Suite Melaka





The straits Hotel and suite melaka...kat mana tu? Kak z pun tak tahu di mana pada awalnya. Tapi kawan-kawan blogger ramai bercerita hotel ini best. Pasang niat untuk datang ke hotel ini. Hari ini alhamdullilah allah makbul niat kak z. Tidak susah untuk cari. Terletak di Melaka raya. Berdekatan dengan Mahkota Prade, Mahkota Medical center dan Dataran Pahlawan. Masuk hotel ini nampak simple tapi bila pergi tengok biliknya awesome.










Bilik suite besar. Seronok kalau bawa keluarga yang besar. Setiap tingkat ada 4 bilik suite. Di setiap penjuru yang mengadap Selat melaka atau bandar melaka. Katanya waktu malam permandangan sungguh indah. Nanti kalau kak z duduk sini kita cerita yer..tungguu





Bilik double hotel ini pun macam best je. Kak z masuk melawat semua jenis bilik hotel ini. Bertapa nikmatnya kalau dapat merebahkan diri atas katil yang empuk ini. Jangan jelus memdengar ayat ku. Sebenarnya kak z pun belum dapat lagi nak landing atas katil tu. Hanya buat lawatan dahulu.

Swimming pool tingkat 23. Gayat kak z naik atas tu. Gambar video lah sayang . Nanti tengok Facebook kak z untuk melihat keseronokan swimming pool hotel ni. Nasib baik aku tak terjun. Kalau tidak hujan Melaka.. sebab anak dinasour terjun swimming pool. Mana tidaknya swimming pool tertinggi di Melaka. Gayat kak z tau.

Kenapa kak z datang ke sini? Kak z datang ke sini adalah untuk buat review bagi majalah yang kak z sedang tulis sekarang ini. Jadi korang tunggu minggu depan yer penuh IG kak z dengan gambar makanan. Tolong jangan kecam saya.

Ok bai

No comments:

Post a Comment