27 April 2016

Flash Air..wifi memory card



Kak z suka ambil gambar mengunakan kamera DSLR. Kenapa? Kepuasa sebab boleh gambar dengan cantik. Tapi masalahnya kak z malas nak transfer gambar dari kamera ke lappy atau tab. Leceh sebab kena keluarkan memory card atau pasang wayar usb. Kalau tengah-tengah event nak upload gambar kan ke susah.

Bila Farah Dafri mengsyorkan kak z guna flash air card macam mudah. Tak perlu wayar atau card reader untuk transfer gambar. Lagi mudah kerja kak z. Farah dah guna sebab tu dia tahu. Dulu kak z pernah dengar cuba endah tak endah aje. Lagi pun masa tu mahal. Tak mampu..

Macam mana kegunaan card ni? Card ni ialah memory card berwifi. Maknanya kita boleh transfer gambar dari kamera DSLR ke tab apabila kita sambungkan talian wifi ke memory card dalam kamera. Tanpa mengunakan sebarang wayar. Mudah kan?

Kak z beli di Mahkota Prade, 16gb. Harga RM150. Kak z tak pasti harga di Lazada. Sebab kak z hendak pakai segera terus beli. Memory card kak z dah rosak. Kita nak buat kerja jadi beli lah..korban RM150.00. Janji kerja kak z mudah. Kak z highly recommended lah. Sebab kadang-kadang kalau pergi mana-mana event tak sempat nak keluar wayar untuk transfer gambar. Kak z kan simple..tak suka sesak-sesak..hiik

Ok bai

No comments:

Post a Comment