25 April 2016

Kuih Koci Pulut Hitam..Resepi mudah


Kuih Koci Pulut Hitam

Bulan Ramadhan sudah hampir. Mungkin ada yang mahu mencari resepi untuk berniaga untuk juadah berbuka puasa atau untuk makan sendiri. Dulu masa kak z ada kedai, kuih koci menjadi pilihan pelanggan. Kuih koci juga yang paling cepat habis. Kak z pernah buat kuih ni sebanyak 2000 biji untuk sebuah hotel di Kuala Lumpur. Sebelum kak z jadi blogger, kak z kerja dan berniaga. Kak z dulu kerja mengajar budak-budak kat universiti.Di samping itu kak z ada kedai yang membekal kuih muih kepada katering dan hotel. Seronok dan usia masa itu muda lagi. Sekarang kak z slow sikit. Tumpuan pada anak-anak. Kak z dalam proses memulakan business baru. Nantikan kemunculannya.

cerita kuih koci pulak. Kuih koci ada banyak versi, kuih koci pulut hitam, koci labu dan koci biasa. inti pastinya inti kepala. banyak bentuk kuih koci ini. kalau baba nyonya koci bentuk 3 segi. Kalau koci mak kak z koci tradisional guna minyak kelapa. sekarang banyak sudah berubah.

Hari ini kak z share resepi mudah untuk korang cuba. sedap dan resepi ini yang kak z gunakan untuk berniaga.

resepi

bahan inti

1 biji kelapa parut
250gm gula merah
secubit garam
2 helai daun pandan

cara:-

  1. panaskan gula merah hingga cair..
  2. masukkan daun pamdam, kelapa dan garam
  3. kacau hingga kering
  4. bila sejuk bulatkan bulat-bulat dan simpan dalam peti sejuk
  5. tujuan mudah untuk kita masuk kedalam tepung nanti


bahan kulit:-

500gm tepung pulut
100gm berat pulut hitam
air secukupnya
secubit garam

cara:-
  1. rebus pulut hitam sehingga lembut..bukan kembang
  2. blend pulut hitam hingga hancur
  3.  masukkan kedalam tepung pulut bersama garam
  4. tepung pulut jangan terlalu lembk atas keras..agak-agak boleh kepal dengan inti
  5. sediakan air untuk rebus hingga mendidih
  6. sekarang bulatkan tepung dan masukkan inti dan tutup inti jangan sampai terkeluar
  7. boleh lah masukkan kedalam air yang dididihkan hingga timbul dan rasa klu keras belum masak klu lembut sudah masak
  8. dalam sebuah bekas yanga ada air dan masukkan kuih yang telah timbul.. tujuan tidak melekat antara satu sama lain
  9. ketepi kan


bahan santan:-

250gm santan
100ml air
1/2sudu teh garam..klu kurang boleh tambah
3 sudu besar tepung beras

cara
  1. campur semua bahan dan kacau hingga pekat
  2. tapis kuih tadi dan masukkan kedalam santan


cara bungkus:- 

  1. daun pisang perlu di layukan atas api potong  untuk bentuk dan lap untuk bersih
  2. ambil kuih dalam santan dan masukkan kedalam dalam daun 
  3. letakkan santan  1 sudu besar dan bungkus
  4. ulang hingga habis


ok bai

tag : kuih koci, koci pulut hitam

No comments:

Post a Comment