30 April 2016

Seri Muka Pulut hitam resepi terbaik Kak z



3 hari bercuti mesti ramai yang duduk rumah mahu mencuba resepi baru. Kak z share resepi seri muka pulut hitam yang kak z guna masa membekalkan pelbagai jenis kuih talam di hotel dan katering. Resepi mudah. Ramai orang suka makan kuih ni. Banyak kali kak z olah dan ini yang terbaik. Setiap kali kak z buat R & D pasal kuih muih kak z akan membuat catatan. Sebab ini akan menjadi rujukan kalau ada masalah berlaku.

Jangan kata tak ada masalah. Pasti ada masalah walau macam mana expertnya kita. Sebab anytime allah boleh kata tak jadi.. betul tak. Kak z cakap macam ni sebab selalu terjadi pada diri sendiri..chia chia chia..
Jom kita buat seri muka ini..

Resepi:-

Bahan bawah

400gm beras pulut
100gm pulut hitam – rebus hingga kembang dan tapis
100ml santan
100ml air pulut hitam
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1. Rendam pulut semalaman
2. Kukus bersama santan, air pulut hitam dan garam hingga masak
3. Gaul pulut yang telah dikukus dengan pulut hitam hingga rata
4. Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
5. Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan atas

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
300gm gula pasir
4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air
10 helai daun pandan .. kisar bersama 700ml air
300ml santan pekat

Cara:-
1. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2. Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3. Curahkan bahan ini diatas pulut.
4. Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..

5. Potong apabila sejuk.

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...