30 April 2016

Makan-makan di ZENDE Cafe, Seri Pacific Kuala Lumpur


Zende Cafe, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur 


Kak z berada di Zende Cafe, Seri Pacific dari pagi hingga lewat petang. Sepanjang hari di situ macam-macam yang kak z makan. Sebab datang hari Jumaat , jadi tidak ada buffet lunch, kena makan ala carte sahaja. Buffet lunch hanya hari Isnin dan Khamis. Tapi sarapan di sediakan setiap hari. Cafe ini di buka dari kul 7.00pagi -1.00malam.

Apa yang ada? Macam-macam ada. Dari menu barat ke menu timur. Western, Chinese, masakan Melayu dan India. Kalau boleh macam-macam kak z nak cuba. Mana boleh masuk semua, mau pitam kekenyang dan kena extra joging ler makcik lepas ni. Kak z mula makan sarapan pagi. Sebab dah sampai dari Melaka perut lapar gedik..kena makan sebelum buat kerja. Kang pengsan ada adegan drama swasta lah pulak kat situ. Malu oii.











Ini antara gambar yang kak z makan di waktu pagi. Sesuai untuk kita sebelum memulakan hari kita. Kak z makan apa yang suka sahaja. Ada juga hidangan lain. Sebab makanan tu berat, seperti nasi lemak, mee sup, bubur, roti canai dan mee goreng, kak z tak ambil. Kak z nak makan sepanjang hari. Perut kena bahagi kepada beberapa bahagian. Melalui mata kak z yang melihat. Semua sedap...semua mahu cuba. Apa pun sabar z, kita makan dessert dulu..









Gigih kak z mengira kalori.. habis..hancur diet sebab makanan yang ada. Kena makan. Sebab kek-kek ini sediakan oleh chef pastri antara yang terbaik di Malaysia. Kena makanlah. Kalau tidak rugi. Balik lari 10km z. Denda sebab ko degil makan juga. Dah sedap makanlah.. betul tak? Lunch lagi nangis.. sebab tidak ada buffet jadi pilihan yang ada makan ala carte.







Kak z makan Sirloin steak and minum smooties manggo. Apakah akan terjadi lepas ni? Lempang diri sendiri sebab nampak steak tak menahan untuk makan. Hancuusss.. dah tahan tapi anak cacing kata..momee makan lah sedap.. chia chia chia... janji muka tegang.

Ada juga menu lain untuk ala carte. Yang korang mesti cuba. Kak z tengok aje. Tau jer la. Perut penuh. Tapi chef-chef kat Zende Cafe ni tunjuk macam pula. Nangis .. nangis mak. Chef please don't spoil me. Ini antara yang ada dalam ala carte









Ini hanya teaser sahaja. Nanti akan ada lagi. Kak z belum habis lagi untuk cuba. Tak boleh show sekarang, ramai sakit jantung. Akhir sekali kak z bergambar dengan chef-chef yang telah bagi kak z makan dengan banyaknya. Chef... next round i come back.



Ok bai

No comments:

Post a Comment