Chef Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Hari ni seharian kak z duduk dalam Cafe Zende, Seri Pacific Kuala Lumpur. Semuanya berjalan lancar dan habis cepat. Sebab chef-chef amat membantu. Shooting ini adalah untuk Majalah Aroma keluaran Jun 2016 sempena bulan Ramadan.
Chef-chef ini berkongsi resepi mereka dalam Majalah Aroma. Peranan kak z ambil gambar supaya pembaca meleleh air liur bila tengok majalah ini. Tolong jangan kecam Kak z ..chia chia chia... kak z tak bersalah.
Korang nak tau sempena Ramadan ini, Seri Pacific, Kuala Lumpur akan mengadakan buffet Ramadan. Fuuhh.. bila tengok menu tadi semua sedap-sedap. Kak z tak merasa lah.. sebab jauh mau pergi woii.. korang pergi lah. Kalau book awal harga murah. Sebelum 15hb Mei 2016.
Katanya diaorang buat stail hawker. Duduk makan dalam ballroom. Chef yang masak ni ada 21 tahun pengalaman masak masakan Melayu. Tadi ngences tau tengok ox tail masak asam.. sabar z sabar..ko dah lah diet. Shooting gambar tak apa tapi jangan ngap.. piisttt sebenornya.. tenghari tu PR marcom Seri Pacific belanja makan steak..
Seri Pacifc Kuala Lumpur, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab banyak membantu saya sepanjang pengambaran. Terutama Chef Azman serta team kitchen banquet dan pelayan Zende Cafe, Seri Pacific. Habis pokok bunga korang tercabut. Tapi epal tu.. nangis sebab cantik tak boleh makan. PR Manager Miss Chan dan Cik Fatin yang cantik manis thank you so much for the hospitality. Kerja 6 jam selesai dalam masa 2 jam. Thank you Kelab Blogger Ben Ashaari atas sokongan, terutama founder Ben Ashaari ( kawan gaduh). Next trip insyallah Kak Z akan ke Renaissance dan Concorde Hotel. Amin
Ok bai
No comments:
Post a Comment