17 September 2015

LEMON KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI



Pinjam gambar dari Mr Google


Lemon... menurut sejarah lemon berasal dari Asia Tenggara, kemudian tersebar ke timur tengah dan Eropah. Dari Eropah di bawa oleh Christopher Columbus ke benua Amerika. Lemon mempunyai banyak khasiat. Dan sedap juga di gunakan dalam masakan.

Sebelum ini pernah akak share tentang lemon di tulisan yang lain. Hari ini khas untuk pesakit tekanan darah tinggi.

Cara
1. Perah 1 biji lemon untuk mendapat jus
2. Campur dengan madu
3. Air sejuk
4. Minum setiap pagi apabila bangun dari tidur

Note penting
1. Jangan camput dengan air panas sebab madu tidak sesuai dengan air panas. Kalau boleh air suam yang sudah sejuk
2. Jangan minum jus lemon tanpa campur air sebab akan merosakkan gigi kita. Dimana asid lemon akan menghakiskan gigi

Petua ini pernah akak share dengan penulis novel Teduhan Kasih. Hasilnya menakjubkan sehingga Doktor pernah tanya apa yang amalkan. Insyallah amalan ini sihat untuk semua penyakit

Resepi untuk masakan lemon boleh didapati dalam majalah aroma keluaran Oktober 2015


Selamat mencuba

Ok bai

2 comments: