17 September 2015

KAPAL SELAM DIMELAKA

Hari ini ialah hari melawat Melaka. Kononnya hendak beli buku sebab MPH Mahkota Prade buat sale. Tapi frust sebab harga offer 15% utk member dan 10% bukan member. Baik beli masa dia bagi discount 25% atau pergi Popular bagi 20% untuk member. MPH kalau kits ada member card pun tidak ada discount. ...ehh dah cerita lain pulak..




Belakang .. KAPAL SELAM SMO QUESSANT AGUSTO 70

Besar dan gayat rasanya. Sebenarnya tidak perasan pun ada kapal selam dekat situ. Abang kata..'momee ads kapal selam lah kat sana itu... ko betul-betul bang' . Mak dia pun terus pusing stering ke arah kapal selam. Betul lah ada kapal selam. Tempat ini di namakan Muzium Kapal Selam Melaka. Terletak di Klebang, Melaka.



Keterujaan anak-anak



Keterujaan Mak

Tiket untuk dewasa RM3.00 dan Kanak-kanak RM1.00. Kami masuk untuk melihat apa yang ada di dalam kapal selam sebenarnya. Sebab hendak bagi pengetahuan kepada budak-budak 4 orang ini. Selama ini hanya menonton dalam TV atau melalui pembacaan sahaja. Hari ini real punya..




Tangga menaiki kapal selam

Nombor satu yang dia orang hendak lihat ialah tempat peluru berpandu. Torpedo....Banyak juga kapal selam ini bawa peluru berpandu... Tapi tak ingat berapa biji. Banyak lah. Ruang dalaman memang sempit sebab laluan hanya sesuai untuk seorang sahaja. Saiz badan pun kecil. Alhamdullilah mak muat....huuuu




Tengok atas ada katil




Katil untuk yang jaga peluru.

Tempat tidur kecil, dapur kecil, ruang kerja kecil dan tempat bersantai juga kecil. Pernah baca mengenai mereka yang mengendali kapal selam perlu tubuh yang ideal atau kecil. Rupanya ini sebabnya





Bilik kapten





Kami berlima didalam kapal selam.

Ruang depan adalah untuk peluru berpandu. Ruang tengah bahagian pengendalian dan kawasan pekerja dan hujung adalah enjin. Lihat di luar kapal ini besar tetapi apabila masuk kecil.

Balik tadi buat survey kenapa.. sebab struktur kapal perlu tebal untuk menahan tekanan ketika berada di dasar laut. Keluli untuk membuat kapal ini juga perlu tahan dengan kemasinan air garam. Sebab keluli mudah terhakis dan berkarat jika terkena air masin.





Gambar kapal selam

Kami berada disana lebih kurang 20 minit. Sebab hanya ada kapal selam ini sahaja




Keratan akhbar




Tempat duduk disediakan

Di bawah kapal selam ada ruangan tempat untuk duduk dan video menceritakan bagaimana kapal selam ini diangkat ke darat untuk di jadikan muzium. Ada juga cerita mengenai kapal selam Malaysia..

Pengurusan Muzium perlu menyediakan lebih kemudahan seperti tempat letak kereta yang cukup atau mudah untuk pusing. Sebab sekarang ruangan sempit. Tandas awam juga perlu. Sebagai contoh kepada pelancong yang datang dari jauh. Ini antara tarikan negeri Melaka.

Budak-budak 4 orang dan mak dia mendapat pengalaman baru. Belajar sesuatu yang boleh di manafaatkan kepada mereka. Lepas ini hendak bawa diaorang ke muzium tentera di Port Dickson. Mesti lagi seronok kan?

Selamat melawat

Ok bak

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...