17 September 2015

PEGAWAI KAWALAN CREDIT MARA

Aku bengang dengan pegawai kawalan credit MARA, tingkat 3 jln raja laut. Aku tahu lambat bayar.. sebab masalah tak dapat aku nak elak
Dengan duit cukup2 makan.. baru jer nak pulih balik.

Datang dari Masjid Tanah, Melaka. Pagi-pagi buta ini naik bus bawa anak adik. Yang lain aku tinggalkan kat rumah sebab semalam sekolah di Melaka cuti sebab jerubu. Kalau bawa semua pokai lah.




Bahagian Kawalan Credit MARA

Tujuan aku datang sebab hendak selesaikan hutang hal dengan MARA
Sampai pejabat MARA, jumpa dengan pegawai yg BERKHIDMAT..
Aku kata nak kuar KWSP minta surat mengenai pinjaman. Dengan sopan aku kata.. Encik boleh tak buat untuk sy hari ini sebab saya dari jauh ni. Saya hendakk selesaikan hal ini secepat mungkin dan bayar segala yang tertunggak. Dia kata tak boleh kena tunggu 21 hari bekerja. WHAT? Dalam hati yg berapi..

Encik..saya dari Melaka ni .saya nak selesaikan dengan cepat.
Alasan hutang puan dah lama kenapa baru nak keluarkan Pn patut dtg dr awal utk selesaikan hal.. Saya pernah datang cuma sy tak teringat saya ada kwsp.. tak kan nak cerita masalah luar dalam kita.. malu lah weiii..ko tu lelaki

Kami tak boleh buat surat itu hari ini.. kena tunggu 21 hari kami akan post. Aku merayu lagi sebab dari maklumat yg aku dapat... surat boleh keluar on the spot. Melainkan pegawai tu "busy"..kalau busy pun boleh consider kita yg jauh ni kawan aku kata..hendak dengan tak hendak sahaja nak buat atau tidak. Aku datang nak selesaikan masalah secepat mungkin..SECEPAT MUNGKIN bukan nak biarkan aje mcm tu..
Tapi pegawai tu suruh tunggu 21 hari. Kalau dia keluarkan semalam esok dah boleh pergi uruskan di KWSP. Sebab masa aku sangat terhad. Bila ada kelapang aku hendak uruskan semua hal. Dan aku hendak menyelesaikan segala hutang bila keadaan ekonomi aku dah stabil

KWSP pulak satu hal.. surat mesti di keluarkan dari Jalan Raja Laut.. tidak boleh dari cawangan MARA.. hadeeehhh..why why why...?

Aku rasa nak menangis jer.. dah lah duit aku kuar utk dtg sini.. masa aku..tinggalkan anak lagi kat melaka.. apa korang rasa kalau jadi aku..?

Emosi sangat ker aku tulis ni


Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...