17 September 2015

KURANGKAN BISA TERSELIUH

Terseliuh kaki atau tangan bisanya yang amat. Kadang-kadang kita terlambat berjumpa tukang urut. Cara yang paling cepat ialah dengan menyapu minyak angin. Tapi tidak melegakan. Paling haru kalau kat rumah tidak ada minyak angin. Akak bagi satu petua yang akak belajar dari seorang tukang urut iaitu mengunakan bawang merah



Bawang merah

Bawang merah atau shallot. Adalah bahan yang senang kita dapat dirumah. Walaupun bau kurang menyenangkan tetapi ialah effektiv dan murah.



Pokok bawang merah

Cara:-
1. Ambil 2-3 ulas bawang merah tumbuk
2. Tumbuk janganlah lumat sangat sikit-sikit sahaja
3. Ambil 2 sudu besar minyak masak campurkan dengan bawang tadi
4. Letakkan pada tempat yang terseliuh atau bengkak tadi
5. Balut dengan tuala kecil bersih, kain perca atau bandage.
6. Biarkan semalaman


Bila tidur malam kita tidak merasa sakit atau bisa di tempat terseliuh. Bawang merah juga boleh menghilangkan bisa kesan terluka. Cara yang sama. Keberkesanannya menakjubkan. Apakah bahan yang membolehkan bisa itu kurang tidak pasti. Sebab dah cuba pada diri sendiri itu yang boleh share tu...

Cuba tau jangan tak cuba.. lepas ni jimat duit

Ok bai

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...