16 September 2015

CARA MELAWAN SELSEMA TANPA PILL

Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak.


Daun Hempudu Bumi atau daun cerita
(Gambar dari MR. Google)


Selama ini akak mengamalkan meminum air hempedu bumi. Pahit memang sangat-sangat pahit. Tapi redha aje lah sebab hendak elakkan diri dari makan pill dan elok. Jika kita menghadapi resdung pokok ini juga akan mengurangkan resdung.

Melalui pengalaman, akak pernah mahu di bedah kerana deria bau hilang selama 3 bulan akibat resdung yang kuat. Tetapi apabila kakak sulung mengsyorkan untuk minum air ini.. alhamdulillah deria bau perlahan-lahan datang semula. Dr Amiruddin, Ampang Putri pun pelik. Statement dia yang paling akak ingat. Patut saya operate lebih awal. Selamat deennnn...

Cara amalan ialah:-

1. Ambil 3 helai daun hempedu bumi
2. Rendam dalam cawan dengan air panas
3. Tutup dan biarkan sejuk
4. Boleh minum..
5. Daun tersebut boleh di gunakan 2 kali
6. Ulang sampai sihat.

Melalui sumber wikipedia Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India, Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut.
Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...