04 August 2015

Cara membuat Kuih lopez

Assalamualaikum

Asal usul lopez tak pasti tapi di buat dari pulut dan di balut dengan daun pisang. Anak-anak suka makan. Whole Rahman family suka lah Cara pembuatan senang. Dalam page ini adalah lopez traditional. Berbeza dengan lopez yang banyak dipasaran sekarang. Harga juga lebih mahal sedikit. Sebab cara pembuatan lopez traditional lebih lama. Lopez traditional boleh tahan selama seminggu atau lebih di simpan dalam frezer. Dan lopez moden hanya dalam lingkungan 24jam. Dalam adik beradik my sister, kak mastura @ mastura abd rahman yang paling pandai buat kuih. Akak pandai juga.. tapi selalu tak cukup masa..  ini resepi dia punya..  jadi boleh lah kita cuba.. senang dan mesti jadi.


Kuih lopez 



Bahan
1/2 kg beras pulut
1/2 sudu kecil kapur
Daun pisang
1 biji kepala parut putih
Secubit garam


Kuah gula
2 ketul gula melaka
Sehelai Daun pandan
300ml Air
100gmGula pasir

Cara
1. Basuh pulut untuk hilang kotoran
2. Rendam pulut dan campur kapur semalaman
3. Layur daun pisang
3. Potong daun pisang lebih kurang lebar 5 inci dan panjang 8 inci
4. Lapiskan dia supaya daun tidak mudah pecah ketika ikat dan bungkus
5. Gulung seperti kone
6. Masukkan pulut dalam daun dengan sukatan 1 1/2 sudu.
7. Kalau lebih dia besar sangat tak cantik dihidang . Daun besar senang membungkus .
8. Ikat supaya beras tidak keluar dari daun.
9. Siapkan air dalam periuk anggaran air untuk 3 jam
10. Masukkan lopez tadi dan tutup dengan lesung batu
11. Rebus selama 3 jam
12. Selepas 3 jam cepat-cepat toskan supaya tidak kembang
13. Biarkan sejuk sebentar
14. Gaul kelapa dan garam
15. Keluarkan lopez dari kulit pisang
16. Salutkan dengan kelapa tadi


Cara buat kuah

1. Masak gula melaka, gula pasir dan air
2. Masukkan daun pandan
3. Kemanisan air gula bergantung kepada kegemaran masing-masing
4. Untuk pekat ketak sedikit 1/4 sudu teh tepung gandum

Jom kita buat.. credit to my sister sebab dia yang ambil gambar step by step ni


















2 comments:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...