04 August 2015

Masak lemak lodeh

Assalamualaikum

Masak lemak lodeh adalah masakan paling mudah dan ringkas
Anak-anak suka sebab ada tempe, tauhu, kentang dan soo hoo
Mak diaorang pun suka masak lauk ni dalam 15 minit dah siap.. ringkas sangat




Bahan
1 pek tempe
2 keping tauhu
1 biji kentang
Sehelai daun kunyit
Sebatang serai
3 ulas bawang merah
Sedikit ikan bilis
Sedikit lada hitam
1 pek kecil soo hoon
200ml santan
Garam secukup rasa
500ml air

Cara

1. Rendam soo hoon
2. Tumbuk bawang, ikan bilis dan lada hitam
3. Masukkan semua bahan ini dan serai dalam periuk dan isikan air
4. Kentang di potong dadu masak hingga kentang empok
5. Masukkan tauhu dan tempe biarkan sebentar
6. Masukkan soo hoon dan garam
9. Akhir sekali masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak
10. Tutup api dan boleh hidangkan

No comments:

Post a Comment