04 August 2015

Roti Sosej

Assalamualaikum



Roti ini macam pizza. Gebu macam tuan yang buat. Harga jualan RM1.50. Untuk budak-budak sekolah. Kalau beli di bakery RM2.20 termasuk Gst..

Cara pembuatan mudah. Bagi yang nak belajar buat roti jom akak share resepi mudah buat roti di rumah uli guna tangan

Bahan

500gm tepung gandum
11gm yis
50gm gula
5gm garam halus
2biji telur
50gm marjerin
300gm air sejuk
Sosej
Mix vege
Sos cili
Mayonese

Cara
1. Rebus sosej sebentar dan toskan
2. Campurkan tepung, gula, garam dan yis
3. Gaul rata masukkan 1 biji telur dan air
4. Uli hingga jadi doh
5. Masukkan marjerin dan gaulkan hingga tepung tidak melekat pada tangan
6. Bahagikan doh seberat 50gm setiap satu bahagian
7. Anda akan mendapat lebih kurang 18 -20 bahagia
8. Ambil minyak sedikit letak pada tangan
9. Bulat-bulatkan doh
10. Letakkan atas dulang pembakar dan biarkan selama 1/2 jam
11. Doh akan naik sikit dan tekan menjadi leper
12. Sapukan telur
13. Letakkan sosej yang boleh dipotong ikut citarasa
14. Taburkan mix vege dah letakkan sos dan mayo
15. Biarkan naik lagi 1jam atau 1 1/2jam.. bergantung pada suhu bilik
16. Panaskan oven dengan suhu180c dan bakar sehingga 15 minit atau kekuningan

Tindak balas yis bergantung kepada suhu persekitan, kalau panas doh akan naik cepat kalau sejuk lambat.

Ok bai

No comments:

Post a Comment