17 August 2013

Marble Cheese Cake

Assalamulaikum

Marble Cheese cake. kalau hendak beli kek ini boleh tahan mahalnya. makan sedap so ada baiknye buat sendiri. saya pun jual 1.8kg RM70.00

Marble Cheese Cake


resepi

Bahan:-
1 kg cream cheese
210gm sour cream
300gm gula castor
1 sudu besar perahan lemon
4 biji telur
2 sudu besar coklat pes
250gm biskut digestive dikisar halus
3 sudu besar butter cairkan

untuk kilatan

1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air 

masak hingga pekat

cara:-

1. biskut dan butter cair gaul bersama dan ditekan kedalam acuan kek
2. pukul cream cheese hingga kembang
3. masukkan sour cream
4. masukkan telur satu persatu
5. masukkan perahan limau.
6. pukul lagi hingga rata.
7. ambil aduan tadi sebanyak 3 sudu besar dan campur bersama  coklat pes
8. aduan putih masuk kedalam acuan
9. aduan coklat tadi di buat corak atas aduan putih
10 bakar hingga masak lebih kurang 1 jam dgn api 170c/kembang
11. untuk berkilat  sapukan gula yang telah dimasak tadi

selamat mencuba


No comments:

Post a Comment