17 August 2013

Cara lauk

assalamualaikum..

cara lauk mudah nak buat.. sedap lemak..

cara lauk

resepi

bahan inti:-
250gm daging hancur/ ayam 
3 sudu besar rempah kari daging
1 ulas bawang besar
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula
minyak masak untuk menumis

cara
1. tumis bawang besar yang di hiris halus
2. masukkan  serbuk kari dan goreng hingga wangi
3. masukkan daging dan goreng hingga garing
4. masukkan garam dan gula

Bahan tepung:-
450 gm tepung gandum
200gm santan pekat
1/4 sudu teh garam 
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 biji telur
700ml air
sedikit minyak untuk disapu pada acuan

Hiasan
daun sup - hiris halus
cili merah - hiris halus



cara:-
1. bancuh semua bahan dan blander
2. tapis
3. acuan kuih cara panaskan dan disapu dgn minyak
4. biarkan panas hingga berasap
5. masukkan bancuhan tepung dan isikan dengan inti, tabuskan cili dan daun bawang
6. tutup bahan tadi lebih kurang 5-7 min buka dan keluarkan
7. ulang hingga habis. adunan ini kita boleh dapat lebih kurang 45-50 biji kuih.

selamat mencuba



No comments:

Post a Comment