17 August 2013

Carrot walnut Cakes

Assalamualaikum

Carrot cakes atau kek lobak merah. banyak kali percubaan baru dapat yang sesuai dan sedap. macam-macam resepi yang saya jumpa. resepi ini yang paling mudah dan sedap. bahan-bahan mudah dapat.

selamat mencuba

Carrot Cake

resepi

bahan:-

375gm minyak jagung
150gm gula merah
130gm gula pasir
250 gm tepung kek
150gm carrot parut - perah airnya
100gm walnut - cincang dan bakar sedikit
4 biji kuning telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit  serbuk buat keras/nutmeg
secubit  serbuk kayu manis
secubit garam

4 biji putih telur

cara:-
1. ayak tepung, serbuk nutmeg, kayu manis dan soda - ketepikan
2.pukul kuning telur dalam satu bekas
3. masukkan minyak dan gula kacau rata - gunakan senduk shj 
3. masukkan tepung yang diayak dan kacau rata
4. masukkan kacang dan carrot dan kacau lagi
5. dalam satu bekas lain pukul telur putih hingga kembang
6. masukkan telur putih tadi kedalam adunan tepung dan kacau rata.
7. bakar selama 45min dengan suhu 175c /hingga masak..


cheese frosting

bahan

125gm gula icing
250gm cream cheese
60gm butter
1/2 sudu teh jus lemon

cara

1.pukul cream cheese hingga kembang
2. masukkan butter dan pukul lagi
3. masukkan gula dan jus pukul lagi
4. setelah semua sebati bolehlah disapukan atas kek yang telah sejuk


carrot cakes

insyallah


No comments:

Post a Comment