04 August 2018

RESEPI MEXICAN BUN YANG MUDAH


Mexican bun selalu mengugat iman Kak Z. Boleh pula macam tu kan. Mana tidaknya bau kopi dan butter pastinya menusuk deria bau kita. Anak-anak kalau lalu tepi bakery shop yang jual mexican bun  pasti request nak roti ni. Sebab tu Kak Z belajar cara membuatnya. Alhamdullilah... sekarang Kak Z dah boleh jual mexican bun ni. Doakan Kak Z mampu buka sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis bun. Amin insyallah..

Untuk resepi bun korang guna resepi yang Kak  Z dah tulis sebelum ni. Ni Kak Z bagi link http://www.azurarahman.com/2018/08/resepi-pelbagai-bun-gebu.html?m=0. Kak Z guna resepi ni sahaja cuba teknik membentuknya Kek Z kena ajar disini. 

Bahan

Doh dari resepi pelbagai bun gebu
250gm butter suhu bilik. Makna sejuk lah jangan beku sangat

Cara membentuk doh

1. Potong butter  kecil-kecil  jadikan 30 biji
2. Simpan dalam peti sejuk biarkan mengeras
3.  Timbang doh 60gm setiap satu dan bulatkan
4. Mengunakan goller canai doh agak untuk isi butter. 
5. Tutup butter rapat seperti kita isi inti-inti lain supaya butter tidak terkeluar nanti
6. Kemudian susun atas dulang pembakar yang perlu jarak dalam 5inci. Sebab nanti icing atas roti akan cair.
7. Biarkan doh kembang yer sehingga 1 1/2jam.
8. Boleh di masuk dalam cawan atau terus atas dulang pembakar. Ikut creativiti korang. Kak z letak atas dulang pembakar terus lagi cantik
9. Sambil tu kita sediakan icing kopi

Icing kopi kak Z guna resepi dalam blog Zalin Zalina lebih mudah dari resepi pernah Kak z belajar. Dan juga mudah di uruskan

Resepi Icing Mexican Bun
Bahan:-

100 gm Butter /marjerin
100 gm  Icing Sugar
2 biji Telur B    
1p0 gm  Tepung Gandum
1 sudu sudu besar coffee emalco (ada jual kat kedai bahan bakeri)
1/2 sudu kecil Baking Powder

Cara:-

1. Pukul butter dan icing hingga kembang . Kak Z guna hand mixer je
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi lagi hingga rata
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder pukul lagi hingga rata
4. Akhir sekali masukkan coffee emalco
Kacau guna senduk hingga rata
5. Masukkan adunan dalam piping beg sebab kita akan pipe atas roti
6. Kak Z akan biarkan adunan selama 30 minit untuk menjadi sedikit cair dan mudah dia pipe atas doh roti.


7. Tunggu hingga roti kembang. Korang pipe can adunan kopi secara pusaran.
8. Tutup setengah doh. Nanti adunan kopi akan cair dan mengembang kebawah.
9. Bakar roti hingga menjadi coklat seperti gambar di bawah


Puas hati dapat makan yang gebu sebegini. Anak -anak kak z sekali hadap 5 biji kalau baru keluar oven. Sebab memang sedap. 

Selamat mencuba

Ok bai


2 comments:

  1. Ella suka juga makan bun ni :)

    ReplyDelete
  2. ni fav saya mi. biasanya beli je nak buat tapi tak reti pipe. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...