23 August 2018

JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH

Di Malaysia had laju maksimum lebuhraya ialah 110km/jam. Tapi selalu kita lihat ramai yang memandu lebih dari had yang dibenarkan. Diorang tidak rasa takut ke? Kak Z tekan minyak lebih pun sudah fikir pasal anak-anak. Takut membahayakan diaorang. Melalui kajian, 40% kemalangan di jalan berpunca dari laju. Kemalangan kerana laju selalunya berkesudahan dengan maut. Yang menanggung perasaan sedih ialah mereka yang masih hidup. Pastinya ada anak yang menjadi yatim piatu, ibu bapa kehilangan anak dan suami atau isteri kehilangan pasangan mereka.




Bermain handphone ketika memandu memang menjadi kemarahan Kak Z. Selalu Kak Z jumpa mesti kena hon. Kalau duduk di kawasan kampong, orang tua pandu kereta perlahan bolehlah kita faham. Tapi, kalau orang muda pastinya sambil memandu bermain handphone. Boleh menyusahkan kereta lain di belakang. ¼ kemalangan jalanraya disebabkan bermain handphone lah. Dua minggu lepas tailor Kak Z meninggal sebab accident di Lendu. Penumpang yang ikut serta dalam kereta tu beritahu punca kemalangan disebabkan anak dia bermain handphone ketika memandu. Walhal 2-3 hari sebelum kemalangan Kak Z jumpa untuk ambil baju dari dia. Sihat walafiat, tiba-tiba meninggal. Memang terperanjat! Oleh sebab itu diadakan peraturan jangan bermain Handphone ketika memandu.

 

Gambar di atas adalah patung digunakan untuk mengingatkan supaya pemandu perlu berhati-hati kerana terdapat kerja pembinaan jalan di hadapan. Ini adalah antara peraturan kepada pemandu supaya berhati-hati.  Dalam dunia ini memang perlu peraturan jika tidak orang akan sesuka hati buat keputusan. Mematuhi peraturan had laju, tidak mengunakan handphone, bagi lampu isyarat dan tidak memotong  secara merbahaya adalah untuk mengelak dari berlaku kemalangan. Ini adalah benda asas untuk kita mendapatkan lesen kenderaan . Betul atau tidak? Tapi, ramai yang tidak mengikuti peraturan ini. Haraplah setiap pemandu boleh bertukar attitude menjadi permandu yang berhemah. 


Lagi satu, kalau korang mengantuk atau tidak sihat tolong elakkan daripada memandu, Korang ingat atau tidak masa bulan Ramadhan lepas pasangan suami isteri kemalangan  di Taiping, Perak. Itu adalah saudara Kak Z. Puncanya, beliau mengantuk. Malam sebelum tu dia menguruskan jenazah adik dia yang meninggal. Siang tu, dia terlalu letih tapi dia tetap memandu. Seperti Kak Z kata malang tidak berbau. Selepas pengebumian adiknya, dalam perjalanan pulang dia pula yang terlibat dalam kemalangan maut. 




Last sekali, korang janganlah hanya memandu kereta  tanpa servis kenderaan korang. Kalau kereta Kak Z setiap 5000km, Kak Z akan hantar untuk servis. Kalau tidak  servis kenderaan, memang susah nanti kalau nak memastikan kenderaan korang dalam keadaan yang baik. Kita bawa anak ke hulu ke hilir dengan menaiki kereta. Kak Z memang jaga kereta betul-betul supaya tidak rosak. Sebenarnye, industri insurans banyak memberi manfaat pada semua pemandu di Malaysia tapi Kak Z kesal bila ramai tidak tahu mengenainya.


Insurans Motor kini telah diliberalisasi, bermakna premium insurans atau sumbangan takaful kini mengambil kira profil risiko pemandu dan kenderaan . Misalnya bila Kak Z mempunyai risiko yang lebih rendah maka kadar insurans / sumbangan takaful akan turut rendah. Macam ni lah baru adil kepada semua pemandu, korang belajarlah lebih tentangnya dengan melayari website berikut :


#PlayYourRole

“Jadilah pemandu yang mematuhi peraturan jalan raya. Keselamatan anda adalah keselamatan orang lain juga."

2 comments:

  1. saya baru tahu fungsi patung tu sebenarnya hahahaha. saya pun tak berani laju rasa mcm nk terbang. biar lmbt asalkn selamat. by the way, nk bgtahu ni yg saya ltak blog ni dalam bloglist sidebar saya. suka sgt blog ni

    ReplyDelete
  2. Memang banyak sangat sekarang org drive sambil berinteraksi dengan phone.

    Eh, dulu2 my husband kalau bawak kereta mmg sangat laju. selalu gaduh2 dalam kereta sebab dia bawak terlalu laju. tp sejak dah tua2 ni, kalau lebih 120 pun i dah bising. ngikut kata pulak dia. hehehehe

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...