04 August 2018

RESEPI PELBAGAI BUN GEBU


Dah bersawang blog ni. Sebab dah lama tak update Kak z busy sangat lah. Hari ini pun gagah buka blog dan tulis resepi. Ramai yang PM minta resepi roti telajak gebu yang Kak z guna untuk berniaga. Resepi ni adalah asas untuk korang buat pelbagai jenis bun. Kak  Z hanya bagi asas sahaja ye.

Resepi

Bahan A

1kg tepung high protien
200gm gula pasir
3 biji kuning telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh bread improver
1/2 teh bread softener
3 sudu besar susu tepung
11 gm instant yis /1pek instant yis
450gm air sejuk + ais

Bahan B
120gm marjerin

Cara:-
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mix
2. Uli sehingga semua rata
3. Masukkan bahan B dan putar lagi selama 15 minit atau doh kita nampak licin.
4. Akak uli sampai 15 minit. Memang licin
5. Kalau uli pakai tangan buat 250gm adunan sahaja. Kalau tidak lenguh tangan korang untuk dapat doh yang licin
6. Timbang doh 50gm hingga habis. Boleh dapat 40biji
7. Kemudian bulatkan. Cara korang kena tengok.youtube cara gentel doh roti
8. Buat hingga habis. Kemudian bentuk ikut kesukaan korang. Cara pun dalam youtube.
9. Biar doh naik selama 1 1/2 jam atau 2 jam. Bergantung suasana tempat korang buat roti kalau panas 1 1/2jam dah boleh bakar. Kalau sejuk 2 jam.
10. Sebelum bakar .. egg wash.. egg wash adalah untuk sapu atas doh aebelum bakar. Nanti akan jadi berkilat.
11. Suhu atas 200gm dan suhu bawah 190gm. Bergantung kepada oven korang. Korang nampak coklat dan berkilat dah masak lah tu.
12. Makan panas-panas sedap ko.


Cuba resepi ini insyallah menjadi sebab mudah. Kak Z memang banyak resepi roti. Tapi tok guru punya. Ini yang Kak  Z guna setelah  Kak z ubah ikut citarasa sendiri. Ramai suka.

Selamat mencuba

Ok bai

1 comment:

  1. teringin pulak nak cuba buat...

    buat masa sekarang belum dapat lagi..

    banyak kelengkapan belum ada

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...