25 December 2017

TRAVELOG PART 5: KISAH JUMPA HANTU JEPUN


PATUNG DI SENSOJI TEMPLE

Apa obake? Kalau kat kampung Kak Z. Mahluk di alam ghaib. Obake di terjemah bahasa Melayu ialah Hantu. Kisah hantu Jepun bukan hanya boleh jumpa di Malaysia sahaja. Di negara Jepun sah sah ada hantu Jepun. Sesiapa pernah jumpa hantu Jepun di Jepun boleh buat cerita lah.  Kak Z tak sangka sanpai Jepun pun terjumpa mahluk ni. Seram awak. Maknanya The Ghost is everywhere antara nak percaya atau tidak..

Ada 2 kali kena. Kalau kat Malaysia boleh ler Kak Z jampi ni kat Jepun entah dia faham tidak betul tak? Aku cakap melayu dia cakap Jepun . Kat mana akak kena Satu kali di hostel. Akak tinggal di area Asakusa. Sape pernah duduk di area Asakusa tau lah nape. Tempat tu memang sorrow. banyak bangunan lama. Asakusa adalah kawasan temple Sensoji. Tak mustahil ada mahluk tu area tempat akak tinggal. Hanya 300 meter jer..

Masa di hostel tak ada orang dalam dorm. akak sedang mengemas beg. Sebab ke esokan hari hendak ke Fuji. 2-3 kali bayang hitam lalu tepi akak. Ingat langsir terbang sebab tingkap terbuka. Tengok tingkap tutup..bulu roma tegak.. sah dia lalu lagi..sekali imbas jer.. tak tunjuk muka pun. Kalau tunjuk mau aku pengsan kat situ.. Terpampang front page surat khabar Jepun. Blogger Malaysia pengsan jumpa hantu. Memang mahluk ni  nak kacau aku. Kak Z kemas perlahan.. sambil tu bercakap "baik-baik jangan kacau." Handphone kat sebelah..akak baca ayat kursi dan buka surah Yassin dari handphone.. lepas tu dah tak lalu lalang dah..berdentum pintu kena langgar..seram lah mana tak seram..

Sekali lagi kena kacau masa di Mount Shosha. Mount Shosha ni adalah salah satu tempat pengambaran Last Samurai. Antara tempat memang Kak Z nak pergi. Sanggup naik ropeway yang memang aku takut. Masa nak turun ke Ropeway akak turun tak jumpa sorang pun. Walhal jalan yang sama semua orang ikut. Tak de orang langsung. Sebab jalan mengikut arrow yang ada.

Dan ada orang lain sama jalan dengan Kak Z masa tu. tengah syiok-syiok jalan tak de orang macam hilang. Mana pulak orang lain ni singgah temple lain ke. tapi sepanjang jalan macam tak de temple. Lepas tu atas pokok burung gagak ikut Kak Z. kita ni gatal tengok ler kat atas mana datang gagak tu. dia ikut dari satu pokok ke satu pokok. Kuat dia berbunyi. Lepas tu macam pusing tempat yang sama. Hurmmm.. mesti lain hal ni. Handphone kat tangan. dalam hati kata tak leh jadi. baca ayat kursi . Same time buka surah yassin.. Burung gagak tu bunyi sekali kuat dia terbang dan hilang. Baru lah Kak Z nampak orang lalu. Kalau cerita kat orang mesti kata mana ada. Tak kisahlah.. but I gain some experience from there. Ada hantu kat Jepun

Kalau yang pernah pergi Mount Shosha akan tahu macam keadaannya..ada kubur, hutan, banyak patung Buddha dan juga temple. Masa Akak rasa sorang je Islam yang naik bukit tu masa Kak Z. Sorang pula tu. Mesti saja nak ngusik. Kak Z berenti kejap buka surat Yassin kuat-kuat dari HP. Dalam hati kata kang Nampak orang slow kan lah.. Alhamdullilah tak de lah viral orang Malaysia sesat di Mount Shosha. Bila dah nampak orang nak kecilkan volume HP. Tapi memang antara test yang Kak Z dapat. Mau tak seram.. sensorang ko 

Arashiyama Bamboo forest ni kalau lalu kena jaga-jaga sikit mulut kalau bercakap. Disebalik buluh-buluh yang ada tu kubur. korang mesti tak tahukan. cuba google settalite map. penuh dengan kubur. Masa di sini Kak Z berdebar juga. kot kot ada yang tunggu. Alhamdullilah tak jumpa. Ada plan nak melawat lampu sepanjang Bamboo Forest. Tapi mengenakan sorang cancel plan. Apa pun this is nice place. Even Mount Shosha pun cantik. Cuba kena beringat banyak..

Sambut cerita lain pula next travelog

Ok bai

11 comments:

  1. Seram juga kena ganggu kat tempat orang ni kan kak Z. Hee, boleh je kot pakai jampi sama. Yang memperkenankan jampi tu kan Allah juga. hehe

    ReplyDelete
  2. Guru saya kata....jumpa mcm Tu...Kita azan....kalau dok tahu baca ayat Al-quran

    ReplyDelete
  3. Sama..pernah rasa masa kat homestay kitaorg..baby asyik nangis setiap kali nak tido mlm..pastu baca2 la ayat kursi hembus2 sikit baru baby ok..time tu dh rasa mcm lain..mcm ada benda yg memerhati dr penjuru bilik kitaorg..first time kena after 2 kali g japan��

    ReplyDelete
  4. dekat takayama... tak nampak ape2, tp tak bleh tido smpai ke pagi, sbb sebelah futon ade patung jepon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar. Lepas tu dia pusing patung ke arah dinding

      Delete
  5. ada baca group malaysia ni sewa hotel mana tah, dlm bilik tu ada satu pompuan dok tengok depa, group ni lelaki. mrk pun semua masuk selimut buat do no je ha ha

    ReplyDelete