22 January 2018

TRAVELOG PART 6: SOLO BACKPACKER KE MOUNT FUJI DI JEPUN



Gunung Fuji Di Depan Mata

Dari kecil Kak Z melihat Gunung Fuji. Tengok kat dalam kalendar jer lah. Simpan azam nak sampai sini. Dari dalam flight lagi Kak Z teruja sangat bila nampak Gunung Fuji. Meleleh airmata. Alhamdullilah may dream come thru. 

Gunung Fuji adalah gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter. Dan gunung berapi yang masih aktif. Sekarang gunung ini sedang tidur dari meletus. 
Jadinya Kak z pun memulakan meneruskan perjalanan ke Pekan Kawaguchiko. Pekan ni terletak di kaki Gunung Fuji. Untuk sampai sini ada 3 cara kalau dari Tokyo:-

1. Naik train dari Tokyo Station
2. Naik bus dari Shinjuku Bus Station atau Tokyo Station atau Akihabara Station.
3. Drive sendiri..

Kak Z naik bus. Resort bus dari Shinjuku Bus Station. Subway dari Asakusa  ke Shinjuku Bus Station. Beli tiket di tiket kaunter. Harga 1750Yen. Kak Z membuat carian di internet mengenai bus ke Kawaguchiko. Terutama dalam group FB - Road to Japan. Ramai yang menulis perlu membuat tempahan untuk tiket bus ke sana terutama  peak season. Tapi alhamdullilah hari yang Kak Z hendak ke sana terus dapat tiket. Korang boleh juga menempah lebih awal tiket ni nanti terlepas perluang pula melihat Fuji lebih dekat. Masa korang naik bus ni make sure korang simpan tiket ini sampai turun bus. Nanti tidak memasal driver bus tanya 'mana lu punya tiket...' . ingat yer. Simpan tiket sampai turun bus. 

Sepanjang 1 jam 45 minit perjalanan tidak membosankan sebab kita akan melihat kawasan perkampungan, dan bukit-bukit dengan pokok di musim luruh. Lebuhraya di Jepun sama macam di Malaysia cuma tidak sesak ketika Kak Z ke Kawaguchiko. Kalau korang tidak dapat naik bus, boleh juga naik keretapi ke sana.Tetapi tiket lebih mahal dari bus. Ambil keretapi dari Shinjuku JR station atau dari Tokyo Station. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit - 3 jam.  Perlu tukar beberapa station. Korang boleh rujuk jadual perjalanan di www. hyperdia.com. I  think you goin to enjoy the scenery.  


BUS RESORT EXPRESS

Kalau korang menaiki bus dari  Tokyo pastikan mengambil tempat duduk Kanan. Bukan belakang driver tau Sebelah tu. Ambil di tepi tingkap. Kalau menaiki Shinkansen dari Tokyo pastikan ambil dikanan kearah Selatan dan Kiri kearah utara. memang indah sungguh permandangan fuji dari dalam bus.Perjalanan ke Mishima untuk menaiki Shinkansen ke Kyoto sepanjang perjalanan memang melihat Gunung Fuji.


TIKET BUS SHINJUKU KE KAWAGUCHIKO

Bila kita melalui lereng bukit hati berkata-kata untungnya aku dah sampai sini. Siap berangan nak honeymood kat sini. di hujung highway tetiba ada pengumuman dalam bahasa Jepun. Ingat kan dah sampai kena ready lah. Rupanya dia umum belah kiri tu ada Mount Fuji. Masyallah dapat melihat dengan jarak yang dekat. Kak Z beruntung sebab hari cerah memang jelas nampak gunung Fuji. Snap-snap gambar sebanyak yang boleh sebab teruja. Siap hantar Whatapp kat group anak-anak .. nanti kita datang yer.. airmata keluar buat malu dengan mamat duduk kat sebelah.. berjurai.. Fuji woiii..dah 44 tahun baru sampai...haaaa  

Dari Shinjuku bus akan berhenti di Fujiyama Station. Kak Z turun di Kawaguchiko Station. Jadi korang jangan terkeliru nak turun dimana. Alert sikit waktu ni. Melainkanmemang korang nak turun di Fujiyama Station. Sebab di Fujiyama ada amuse park. Dari luar boleh nampak roller coster berpusing berlatar belakangkan Gunung Fuji.. not me.. kecut perut. Bus meneruskan perjalanan ke Kawaguchiko Station lebih kurang 10 minit sahaja. Turun Cari guide map atau ke information counter. untuk membeli pas atau mendapat info mengenai kawasan sekitar Kawaguchiko. Kalau korang dah siap itinerary dari Malaysia..insyallah tidak ada masalah dan dah tahu bus apa yang perlu di ambil untuk lawatan.


STATION KAWAGUCHIKO 


GUIDE MAP


BUS STAND DI KAWAGUCHIKO STATION

Sampai di Kawaguchiko lebih kurung pukul 11.45pagi. Kak Z terus pergi ke hostel. Rupanya keluar sahaja pintu hostel hambik ko Gunung Fuji depan mata. Memang cantik sungguh pemandangan yang Allah kurnia kan pada hari Kak Z sampai. Terang dan jelas nampak Fuji. Dari Malaysia dah set my mind untuk naik basikal meronda Lake Kawaguchiko dan Lake Saiko. Riki setiap hotel yang menyediakan basikal di dalam Google. Kemudian book melalui agoda. 3100Yen memang mahal untuk sebuah katil tapi sebaliknya dapat apa yang Kak Z idamkan..Pemandangan Fuji. Sebab tu Kak Z pilih K's House Mount Fuji:-

1. Nak sewa basikal
2. Dekat dengan Lake Kawaguchiko dan Lake Saiko
3. Dekat dengan supermarket
4. Dekat dengan bus
5. Senang untuk melawat kawasan sekitar




BASIKAL SEWA

Selepas check in Kak Z sewa basikal dari hostel dengan bayaran 150Yen/jam. Korang bayangkan dah berapa lama aku tak naik basikal. Practice dulu sebelum memulakan perjalanan. Pusing depan hostel 2-3 kali. Walaupun ada insurance. Mak sensorang kat sana nak. Takut juga kalau jatuh tergolek atas jalan. Tapi jalan raya di Kawaguchiko memang lengang. Selamat lah. Sambil kayuh berangan. Nak duduk Kawaguchiko lah..

Rumah comel-comel. Sebelah rumah ada kebun cucuk tanam. Tidak sibuk.. pemandangan yang cantik. Tanah sendiri kat Malaysia yang sikit punya besar tak nak jaga, berangan tanah orang. Tengok pokok pisang kaki tepi rumah. Lepas tu rumah ala ala kat Europe. Kawasan bersih, udara segar, tidak sibuk rasa macam nak minta kerja kat situ kalau tidak ada anak 4 orang di Malaysia. Lepas tu cakap fullstop Zura.. si debab tunggu ko balik.. ok lah balik lah.. Fuji nanti datang lagi.. Tak pe pasang angan-angan tidak salah kan kan kan?


TEPI LAKE KAWAGUCHIKO

Mula-mula gigih round Lake Kawaguchiko. Kemudian ke Lake Saiko. Semua cantik sebab berlatarbelakangkan Gunung Fuji. Tak tentu arah ambil gambar. habis bateri Handphone, DSLR dan GoPro. Rasanya masa spring mesti lagi cantik sekarang ni hanya daun-daun kering. Tak pe Fuji depan mata.

Kak Z cadangkan korang sewa basikal dari naik bus kalau larat berbasikal. sebab puas hati round dari Lake Kawaguchiko dan Lake Saiko. Allocate budget untuk sewa basikal. Kalau day trip.. ada kedai di pekan Kawaguchiko menyediakan sewa basikal. Tapi Kak Z tak tanya. Korang boleh google mengenai ini.


JOM ROMDA DENGAN BASIKAL

Kalau korang tak tahu naik basikal boleh naik bus. Ada 3 jenis bus tapi route yang berlainan. Korang google http://bus-en.fujikyu.co.jp/heritage-tour/detail/id/1/ insyallah maklumat mengenai bus tersebut ada di website ni. Kak Z tidak memilih bus sebab memang dah prepare untuk naik basikal. walaupun sejuk gigih kayuh basikal keliling tasik. Puas rasanya keliling Kawaguchiko dengan basikal. Balik sebelum tidur tampal koyok keliling betis dan peha. mau tak lenguh. tipu lah kalau kata idak kepada Kak Z yang dah lama tidak mengayuh. Ramai rupanya yang memilih untuk menaiki basikal. Sebab ada geng sama-sama mengayuh.


DEPAN HOSTEL GUNUNG FUJI

Since Kak Z solo. Makanan pun dah habis kena lah beli di supermarket. Jalan kaki 5 minit jer dari hostel. Korang tau tak berapa lama akak kat dalam supermarket tu.. 1 jam hanya nak beli roti dan butter. Pekara utama halal ke tidak? Akhirnya dapat yougart. roti, butter dan coklat. Itu lah alas perut malam tu. Boleh je nak makan dan masak di hostel dia orang benarkan. Tapi malas dan penat baik aku tidur, Share bilik dengan Korean lady. Cantik sungguh dia. Berborak sebelum tidur. Bercerita pasal masyarakat Korea. Dia graduate dalam ekonomi dari Universiti of Seoul dan pandai. Selama ni hairan dalam TV kenapa student Korea balik lambat rupanya.. pergi sekolah pukul 7 pagi sambung sampai ke malam belajar. Kalau anak-anak haku..mau meleleh air liur basi depan buku. Dia sendiri mengakui penat. Perangai sebiji macam aku muda-muda dulu..apa..Rahsia..haaaa..


ARAH KE CHUREITO PAGODA

Next day atau hari kedua ke Chureito Pagoda utk melihat Fuji lebih jelas. Sebenarnya dari hostel boleh je nampak fuji dengan jelas.Tetapi review mengatakan lagi cantik view di lihat dari Chureito pagoda.. Pada mulanya tidak termasuk dalam itinerary. Kak Z mahu meneroka 3 lagi Lake di sekira Fuji. Kak Z pergi juga untuk puaskan hati melihat Fuji dari view yang berbeza.



KERETAPI DARI KAWAGUCHIKO STATION KE SHIMPYOSHIDA STATION

Dari hostel Kak Z berjalan kaki ke Kawaguchiko Station. 15 minit perjalanan sebab bus pertama ialah pukul 9.00 pagi, Dekat sahaja kalau jalan di tepi-tepi rumah orang. Seronok lah waktu pagi penghuni pun belum bangun lagi. Ke Chureito Pagoda perlu menaiki keretapi dar Kawaguchiko station ke Shimoyoshida Station. Lebih Kurang 13 minit perjalanan


STATION SHIMOYOSHIDA

MEMULAKAN PENDAKIAN KE CHUREITO PAGODA
Gigih daki 30 minit. Banyak kali berhenti sebab kes mencungap. Tapi turun10 min - laju. Pagi tu bersarapan mengadap mount Fuji. Memang pemandagan dari atas bukit ni lain. Kita boleh melihat seluruh Mount Fuji. Orang kata Mount Fuji bertopi. Sebab salji telah menutupi  puncak gunung. Kalau bukan bukan musim sejuk, Gunung ini boleh di daki. Maybe not for me. Kak Z dapat melihat dari bawah pun dah bersyukur sangat. Balik Malaysia boleh bercerita pada anak-anak..mak korang tengok Mount Fuji depan mata. So Mulai hari ini Kak Z berazam mengumpul duit nak bawa anak-anak datang sini. Aminn..


GUNUNG FUJI DARI CHUREITO PAGODA

Dalam perjalanan pulang di Station Shimyosida terdpat pelbagai keretapi lama di pamerkan. Semua keretapi ini adalah cara perhubungan antara penduduk setempat. berbeza dengan dengan Japan Railway line. Sekarang Kak Z faham keretapi di Jepun mempunyai banyak syarikat. Sebab aku duk pelik kenapa keretapi di Fui mahal. Kalau hendak murah boleh beli pass untuk 1 hari atau pass 2 hari untuk kegunaan pelbagai kenderaan samada bus atau keretapi untuk kegunaan kita semasa di kawasan Kawaguchiko. Ia lebih menjimatkan dari membeli satu persatu. Kak Z beli satu persatu sebab hari pertama berbasikan dan mengunakan bus untuk 1 arah sahaja dan hari kedua berjalan kaki dan hanya ke Shimyosida. Oleh itu tidak berbaloi membeli pass. 


Balik dari Chureito Pagoda. Kak Z meneruskan perjalanan ke Mishima dengan bus. Tiket bus di beli di Kawaguchiko station dengan harga 2450yen. Perjalanan ke Mishima Station adalah 2jam. Dari sana Kak Z menaiki shinkasen ke Kyoto. Dalam bus memandang Fuji di sepanjang perjalanan. Memang indah. Itu adalah pengalaman menarik kepada Kak Z. Alhamdullilah


Fakta mengenai Gunung Fuji:-

Ketinggian -  3776 meter 
Terletak -  100 kilometer Selatan Barat Tokyo
Kali terakhir meletus - 1707–1708
Pengangkutan  - Bus, Keretapi atau memandu kereta dari kawasan sekitar
Bandar terdekat - Kawaguchiko

Budget misi melihat fuji

Bus: 

1. Shinjuku station -kawaguchiko station -1750yen
2. Kawaguchiko station- mishima station -2450yen
3. Local bus -300yen 3 kali ulang alik..selebih jalan kaki

Hostel -

K's House Mount Fuji - 3100yen ( book melalui Agoda)

Basikal :

3jam - 450 yen ( sewa dengan hostel)

Train :

Kawaguchiko - shimyoshida station - 700yen (Pergi dan balik)

Grand total = 8750yen

Kak Z memang menghargai perjalanan ke sini. Belajar sesuatu. mengenali gunung berapi. mengenali masyarakat juga mengenali diri ini. Bahawa aku terlalu kerdil di buni allah. Suburnya tanah mereka. Dan indah mata memandang

Ok bai
Fujiyama JNTO Fuji Japan Muslim Backpacker Resort Bus Kawaguchiko Solo Backpacker

2 comments:

  1. seronoknya mengembara mcm ni. semoga satu hari nanti saya pun berpeluang juga, aaminn

    ReplyDelete
  2. best nya dah sampai sana
    doakan saya pula yer sampai sana

    ReplyDelete