22 December 2017

PERSEDIAAN DIRI MAKCIK BACKPACKER SEBELUM TRAVEL SOLO SELAMA 24 HARI



Bukchon Hanok Village

Ini adalah catatan kedua Kak Z selepas kembali travel seorang diri selama 24 hari ke Korea dan Japan. Kak Z pergi solo. Anak-anak tidak ikut. Semasa membuat keputusan untuk travel ini pekara pertama dalam fikiran macam mana hendak meninggalkan budak0budak empat orang. Alhamdullilah dengan perancangan yang teratur anak-anak berada dalam keadaan yang baik semasa Kak Z di sana.


Bila Kak Z beritahu kakak-kakak dan abang-abang ..I'm goin to Korea and Japan this November and Disember. Mereka pusing 90 darjah mengadap Kak Z. I'm travelling solo..semua pusing 180 darjah. Ke betul-betul zura? Are you crazy..? adehhh gila yang aku dapat. Muka Kak Z terkenal dengan relax.. jawapan ..yaa..why not. Kakak-kakak lah banyak bertanya dan menentang tindakan Kak Z. Adik bongsu ko sayang ler. But nekad dan tawakal pada Allah. Alhamdulillah pada tarikh yang di rancang pergi dan balik Kak Z berjaya menjalanankan Misi Travel Solo Makcik Backpacker.

Sebelum pergi Kak Z di duga Allah S.W.T. Kak Z di syaki menghidap kanser tiroid. Hampir melemahkan semangat untuk pergi. Selama hampir dua bulan Kak Z down.. Tapi Alhamdullilah Kak Z berjaya mendapat semangat itu semula. Benda tu masih ada di leher insyallah dalam bulan Januari 2018 Kak Z akan buang tiroid tersebut. Semasa disana Alhamdullilah sihat walaupun ada lemah sedikit Kak Z dapat atasinya. Sebab semasa di Malaysia sakit kebas atau lemah antara sintom tiroid selalu melanda. Semasa disana demam sekali. Sejuk sangat. 2 hari sebelum ke Busan  heater guesthouse di Seoul tidak berfungsi. Demam pun boleh bangun. Semangat namanya. Berdoakan kepada Allah.. Ya Allah aku sorang ni.. totally depend pada mu ya allah.. permudahkan urusan ku ya allah.. yer memang 100% dengan allah. Travel dengan kawan lain dari travel sorang. Pada siapa kita hendak mengadu. Anak-anak dan keluarga jauh. Be


Kawan Baik Sepanjang Perjalanan
1. Itinenary

Kak Z mula dengan Itinerary. Macam mana nak buat itinerary sebab selalu pihak travel agency yang siapkan. Baca travel blog, facebook- Backpackers Buddies Malaysia, Road to Korea dan Road to Japan banyak membantu. Hantar jer soalan walaupun kadang soalan mengarut admin tak approve tetap hantar. Kita newbies so pelbagai soalan yang akan keluar. Dari itinerary baru buat budget. RM10k..pitam.. terlebih sudah budget ku. RM8K sahaja dalam tangan Perancangan awal hanya melawat Jepun. Lepas tu ramai pula nak ikut... hurmmmm. Serius cakap tak mampu nak handle orang. Akhirnya tak jadi ikut. Kak Z pun add on Korea. Dari 16 hari jadi ke 24 hari. Kurus balik.. sebab berlari dan makan makan pun tak ingat.. hiii

Naracards.com Salah Satu Penyumbang Itinerary Di Korea

2. Tarikh

Selepas Itinerary dan budget siap, Kak Z fikir tarikh yang sesuai untuk pergi. Kena Hakim habis peperiksaan SPM sebab di akan monitor adik-adik dia, Balik sebelum keputusan PT3 si Kembar keluar. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Keputusan keluar awal seminggu sebelum mak balik. Alhmadullilah ada Mak Lang Ro.. jadi pergi dengan Mak Lang. Jadual anak-anak, lauk untuk 30 hari disiapkan, ubat-ubat, duit, perkakas rumah dan utilities dah di bayar. Semasa disana memang sentiasa online dnegan anak-anak terutama si adik setiap satu jam call. Whatapp call. Semasa di Korea akak memakai sim card beli di Hello1010.my dan di Jepun mengunakan wifi pocket HIS. Jadi tidak terputus hubungan. Dalam Whatapp group anak-anak kelakar pun ada.. sedih pun anak. Banyak cerita kelakar. Orang cakap anak no.2 is a good leader. Memang si Hanif yang banyak manage hal rumah dari yang lain. Dari hal basuh baju, masak, duit, kemas rumah, bunag sampah dan masalah rumah dia yang handle. Memang terima kasih banyak dekat dia. Yang lain buat juga tapi Hanif yang banyak handle hal rumah Alhamdulillah.



Jogging atau WorkOut di Rumah

3. Penjagaan Kesihatan

6 bulan sebelum perjalanan Kak Z membuat routine exercise. Bila umur dah cecah 44 tahun ni faham jer lah. Senang pancit. Actually routine ini sangat membantu. Di sana Kak Z boleh berjalan 10km sehari. Berlari kejar train. Mendaki bukit. Mendaki tangga subway yang tinggi. menempuh perjalanan yang jauh tanpa rasa penat. Nasihat Kak Z korang kena buat macam ni kalau hendak jalan jauh.


Antara Cream dan Lotion Yang di Bawa

4. Keperluan Mengikut Musim

Bulan November dan Disember adalah antara autumn dan winter. di Korea winter telah bermula dan di Jepun autumn masih ada lagi. Jadi pakaian, ubatan, krim dan makanan bersesuaian dengan musim. Winter jacket, sweater, stokin, ubat demam, selsema, koyok, losyen, lips balm, ubat gatal, sabun dan shampoo itu antara barang yang Kak Z bawa. Makanan Kak Z beli yang segera serunding, sambal goreng, maggi dan Brahim. Baju secukupnya. Bagi memudahkan perjalanan Kak Z pakai underware pakai buang. Mudah tidak perlu membasuh. Mana ko nak ampai kalau ko share hostel reramai..hii


5. Duit

Duit yang cukup semasa disana. Dari itinerary yang Kak Z buat duit memang cukup-cukup sahaja. Bila ada orang nak kirim minta maaf kalau kirim airliur sahaja tak boleh nak tunaikan. Kena lah tunaikan duitnya sekali.

6. Insurance 
Insurance perjalanan Kak Z beli dari sini 2 bulan sebelum berlepas. Itu adalah sebaiknya. Insurance penting sebab kos perubatan di Jepun dan Korea mahal ko. Kena baca dan faham term dan condition yang pihak insurance offer. Kebanyakan insurance yang di tawarkan kita perlu bayar terlebih dahulu kos perubatan tersebut balik Malaysia baru claim. Since ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara, seeloknya insurance ini di baik pulih supaya, client tidak perlu membayar kos perubatan dengan duit sendiri balik baru claim.



Telekung Wajib Bawa

7. Berdoa

Doa.. sebelum pergi Kak Z banyak berdoa dan solat hajat supaya Allah permudahkan urusan Kak Z. Korang tau lah. Nak tinggalkan anak-anak 4 orang di rumah. Walaupun ada Mak saudara yang boleh melihat. Tapi kita tetap risau. Doa pada Allah lindungi diaorang dari malapetaka, demam, jangan bergaduh atau elak-elakkan dari pekara yang tidak baik. Doa untuk diri sendiri. Kak Z penakut untuk naik kapal terbang, feri, ropeway atau naik tempat tinggi. Tapi semasa di sana semua Kak Z cuba tanpa rasa takut. Alhamdullilah. Solat 5 waktu juga jangan lupa. Walaupun kita di negara orang usaha untuk solat.Melainkan kita orang perempuan uzur. memanglah tak leh solat betul tak?

Ini adalah catatan awal Kak Z. Nanti Kak Z akak tulis satu persatu pengalaman di sana insyallah

Ok bai


1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...