22 December 2017

BUDGET TRAVEL SOLO KE SEOUL DAN BUSAN SELAMA 8 HARI 7 MALAM



Perjalanan ke negara orang perlu duit yang cukup.  Ketika Kak Z buat itinerary perjalanan ke Korea Selatan dan Jepun budget perjalanan banyak bergantung kepada application Rome2rio.com. Contohnya kadar tambang bus dan subway. Boleh juga guna google maps. Tapi lebih banyak mengunakan rome2riokerana lebih mudah.  Matawang  Korea Selatan adalah Won. Rome2rio dah siap-siapkan kira jumlah Won untuk kita.Oleh itu mudah untuk kita topup duit dalam T-Money card. Apa itu T-Money. TMoney seperti card Touch and Go di Malaysia. Nanti Kak Z cerita cara pengunaan t-Money di tulisan akan datang. Kali ini bercerita keseluruhan budget ketika di sana



1. Booklet Discover Korea Your Way 2017

Kak Z banyak berjimat di Korea kerana mengunakan voucher dari booklet yang Kak Z dapat dari KTX Showroom  NU KL Sentral. Dalam booklet tersebut terdapat kad T-Money, discount coupon untuk KTX sebanyak 30%, Gapyeong bus ticket hanya perlu bayar 2,500W untuk pergi dan balik, Busan Tour City Bus dan banyak lagi discount coupon dalam Voucher tersebut. Di Busan Kak Z mengunakan Busan Metro Voucher. Voucher berjumlah 5000W. Antara penjimatan yang telah berlaku.

2. T-Money

T-Money macam card touch and go di Malaysia. Kak Z relaod sebnayak 20,000W. Kedai convinience store mereka menerima T-Money selain dari duit. T-Money bukan credit card tapi macam debit card. No pin number no need to sign. Tapi kena ada duit lah. Mudah kan perjalanan kita. Takde lah tercari cari duit masa dalam bus atau subway.






3. Gapyeong City Tour Voucher


Ke Nami Island Kak Z menaiki ITX. perjalan dari Yongsan Station terus ke Gapyeong station tanpa perlu tukar 2 kali station. Harga lebih kurang sahaja. ITX mudah dan cepat. Harga tiket pergi dan balik adalah 8,800W. Sampai Di Gapyeong Station kita perlu menaiki bus untuk ke Nami Island. Bayaran yang di kenakan jika ada Tour Bus Voucher Gapyeong ialah 2500W pergi dan balik. Untuk memasuki Nami Island tiket ialah 8000W pergi dan balik dengan menaiki feri. Di Nami Island boleh menyewa basikal atau menaiki keretapi untuk kanak-kanak. Tapi Kak Z tak naik lah..hiii





4. Tiket KTX 

Dari Seoul ke Busan Kak Z menaiki speed train. KTX lebih kurang 2 jam setengah dari Seoul ke Busan. Dengan Voucher discount 30%,  Kak Z bayar 41,600W. Dalam perjalanan ini kita boleh melihat bandar-bandar yang di lalui oleh KTX. Banyak perkampungan dan kawasan pertanian sepeti dalam dalam cerita Korea di TV. First time naik keretapi laju gayat lah...lepas tu almost everday naik shinkansen di Japan.



5. Busan Metro Voucher

Sampai stesen KTX Busan, Kak Z tukar Busan Metro Voucher kepada ticket subway. Penjimatan yang berlaku ialah 5,000W. 3 hari disana Kak Z tidak mengelurakan duit untuk subway atau bus. Lagi pun tempat yang Kak Z tinggal di Busan boleh di lawati dengan berjalan kaki. haeunde Beach walaupun jauh dari Pusat Bandar Busan tapi senang dan tidak terlalu sibuk.


6. Menaiki Busan Tour Bus.

Tour bandar Busan, Kak Z menaiki One Day Pass menaiki Bus Tour dengan bayaran 10,000W. Puas jalan menaiki bus ini tanpa memikirkan berapa banyak subway yang kita kena bayar. Bayaran sebelum voucher adalah 15,000W. Jimat 5,000W. Seharian naik bus ni. banyak tempat yang boleh lawati. Tapi korang kena survey dahulu mana korang nak pergi. Baru berhenti di tempat tersebut. Kemudian naik tour bus yang sama dengan tiket yang sama. Syoik...



7. Makanan

Kak Z tidak belanja sangat kepada makanan sebab bawa serunding, sambal goreng, maggi dan makanan segera brahim. Terlalu sibuk untuk fikir pasal makan. Kalau lapar sangat Kak Z akan makan coklat. Pergi ke mana-mana bawa bekal. Makan kebab sebab bila lalu depan kedai kebab bila teringin. 5 kali makan kebab 25,000W. Beli strawberry, limau, jagung dan buah berangan. Orang lain pergo cari restoran halal di Iteawon atau beli susu pisang bawa balik. Kak Z tak cari pun. Susu macam mana hendak bawa balik sebab nak ke Jepun selepas itu. So tidak adalah Susu pisang untuk anak-anak

8. Souvenir

Kawan-kawan ada beritahu stoking di Korea mempunyai kualiti yang elok Kak z pun beli sehingga 22 pasang. Sebab 10,000W dapat 11 pasang. Jadi borong lah ada yang kirim, beli untuk anak-anak dan cucu. Beli souvenir untuk anak-anak dan kawan-kawan 60,000W.

9. Sim Card

Sim card untuk 7 hari Kak Z beli dengan hello1010.my. Harga yang di tawarkan ialah RM68.00. Ada banyak pilihan kalau hendak cuba. Tapi puas hati lah dengan Hello1010.my laju. Hotel di Seoul dan Busan, Kak Z tempah melalui Agoda. Mungkin Mahal sedikit tapi mudah. Siap bayar sebelum memulakan perjalanan. Oleh itu Kak Z tidak fikir lagi pasal hendak bawa extra cash atau mengenai bayaran yang belum di buat semasa disana.

Dibawah adalah jadual perbelanjaan dan budget Kak Z di Seoul dan Busan. Perbelanjaan ini tidak termasuk harga tiket penerbangan. Sebab Kak Z tiba di Seoul kemudian balik melalui Osaka. Tiket penerbangan.. KUL-SING-ICN-BUSAN-NARITA- FUKUOKA-OSAKA-SIN-KUL RM2,800.00 


Perbelanjaan
WON (W)
T-Money
20,000
ITX –Nami Island pergi dan balik
8,8000
Entrance Nami Island
8,000
Gapyeong Tour Bus – pergi dan balik
2,500
Entrance 5 Palace
10,000
Airport Bus
11,000
KTX – Busan
41,600
Busan Tour Bus
10,000
Makan
50,000
Souvenir, kasut dan Lain-lain
96,000

257, 900= RM976.00
Hotel 8 hari 7 malam dan SimCard 
RM548.00
Grand Total
RM1,524.00
Jumlah habis di Korea
RM1,550.00


Perbelanjaan ini adalah sebahagian dari 24 hari Kak Z di Korea dan Jepun.Harap ini dapat membantu kepada yang ingin melancong ke Korea Selatan. Booklet ini tidak pasti sampai bila akan ada. Korang boleh google  http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2017.html untuk keterangan lebih lanjut jika booklet ini masih di keluarkan lagi atau tidak.

Ok bai

4 comments:

  1. lama juga tak turun ke seoul ni.

    rindu gila zaman bujang dulu. haha

    ReplyDelete
  2. Bleh share itinerary seoul dan busan kt sy sis..

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...