19 December 2017

24 HARI TRAVEL SOLO DIBUMI KOREA DAN JEPUN



Solo, sesat, sejuk, seram dan pengalaman. Solo bukan pilihan ramai orang untuk semua orang pergi melancong. Alhamdullilah 24 hari travel sorang diri banyak yang Kak Z belajar tentang diri sendiri, orang tempatan, pihak berkuasa dan anak-anak yang ada di Malaysia.

8 hari di Korea dan 16 hari di Japan. Antara perkara yang gelak sensorang ialah sesat kena tipu dengan google map. Habis aku talak google map. Rujuk balik. Kena buang barang di Airport Busan. Bawa susu F &N kawan kirim. Isi dalam hand lugage. Dari Kuala Lumpur - Changi -Seoul - Busan -tong sampah. Sedih tengok susu tu..

Sampai Narita Airport kena tahan 1/2 jam soal siasat. Ada seketul Malaysian dalam flight dari Busan -Narita apabila flight penuh Korean dan Japanese. Beg kena geledah. Bila tunjuk semua dokumen. Jumlah duit yang dibawa dan gambar anak-anak kat Malaysia. Baru lepas. "I have four son in Malaysia" dia jawap.."owww". Alhamdullilah lepas.

5 hari di Seoul, 3 hari di Busan kemudian ke Tokyo-Fuji-Kyoto-Osaka-Kobe-Himeji-Okayama-Hiroshima-fukuoka-Nagasaki selama 16 hari.

Duit poket- RM3500 belanja makan dan train pass..shopping sikit
Flight dan Hotel - dah book dari Malaysia Flight RM2800 dan hotel RM1350.
JR Pass -Dah beli di Malaysia -RM1140
Sim card di Korea guna Hello1010.my RM68.00
Pocket Wifi HIS - RM150

Cerita detail akan akan tulis kemudian. Bagi akak nikmati makanan Malaysia dalam masa 2-3 hari ni

Ok bai

Total perbelanjaan RM9108...

7 comments:

  1. Gigih la kak Zura..kalau SA dah melalak dah tu...ye la kena tahan..pas tu awak sensorang...huuuu...x leh bayang

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thank ff your europe travel inspire me for my next year europe plan

      Delete
  3. Wah, tabahnya travel sesorang selama 24 hari

    ReplyDelete
  4. Kak Z g solo saya kagum.... sy belum mampu lagi nak g solo...

    ReplyDelete