23 November 2017

TAUHU SUMBAT BERGEDIL


Tobat sedap bila kawan Kak Z memperkenalkan makanan ni. Bibik dia yang buat. Terus minta resepi. Dia boleh kata resepi campak-campak je.. huhh..nyampah. Kak z suruh dia bagi tahu bahan dan teknik. Balik Kak Z buat dan add on beberapa bahan. Marvelous... nyumsss si adik kata. Sedap sangat lah weeii

Bahan-bahan mudah cari dan senang buat. Serius cakap. Tak tipu. Kak Z buat sistemlah senang untuk korang buat. Bukan macam resepi campak-campak yer. Ada sukatan dan step by step.

Kak Z suka buat Tauhu Sumbat Bergedil ni sebab anak-anak suka. Memula bagi makan semua sombong. Tak sedap lah...entah apa apa lah.. bila dah cuba asyik minta. Lain kali mak korang letak cheese compom lagi menjilat jari.

Jomm lah buat

Bahan:-

4 keping tauhu goreng
2 biji kentang
1 biji bawang besar
3 ekor ikan kembung
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
2 biji telur
Minyak masak

Cara:-

1. Tauhu di potong dua dan keluar isi tauhu
. Kentang di potong dadu dan goreng hingga lembut
. Bawang di hiris dan di goreng
. Goreng ikan kembung selepas masak di buang tulang
. Mengunakan food processor kisar semua bahan tadi masukkan juga garam dan lada sulah dan gaul rata

. Kepalkan bahan kisar dan isikan kedalam tauhu
. Pukul telur dengan garfu dan salut tauhu dengan telur
. Goreng dengan api sederhana
. Angkat dan tos minyak
. Sedap di makan dengan sos cili

Note: Kak Z suka mengunakan ikan kembung atau tenggiri sebab isi ikan lebih lemak.

Selamat mencuba

2 comments:

  1. Senangnya nak buat..guna tauhu goreng yang besar2 tu ok kan kak...

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...