02 September 2017

DAGING GRILL KUAH STEAK



Meh nak share buat daging grill or bbq yg sedap.
Tapi ni bukan taraf chef yer..tahap org kg jer..tapi senang..
Klu beli marinate powder or sos waktu terdesak susah so cara senang bahan dlm rumah jer..
Bahan gaul
1. 1kg daging.. potong slice ikut suka
2. 3 sudu besar gula
3. 2 sudu teh garam halus
4. 2 sudu besar lada hitam tumbuk halus
5. Rosemary klu ada
6..basil flakes klu ada.. Gaul semua bahan.dan perap lebih kurang 3 jam
Bahan sos masa membakar
1. 4 ulas bawang putih - tumbuk halus
2. 5 sudu gula putih..klu ada gula melaka.. anggaran 50gm boleh tukar
3. 4 sudu besar kicap manis
4. 1/2 sudu teh garam
5.500ml air
Masak semua bahan hingga mendidih
Bakar daging atas bara..bukan atas api yg menyala tau..
Sapu jer sos tu..balik2 kan dan sapu..supaya daging kita juicy.. Sos untuk cicah daging
Air daging dari marinate tadi kita gunakan semula yer.
1. 1 Sudu besar butter
2. 3 ulas bawang putih - tumbuk hancur
3. 2 sudu besar lada hitam -di tumbuk
4. 1 sudu besar tepung gandum
5. 1 tin susu cair tin
6. Garam secukup rasa
7. 1 cawan air
Cara:-
1. Panaskan butter..
2. Masukkan bawang putih dan lada hitan
3. Masukkan tepung kacau sampai tepung berketul
4. Masukkan air dan susu kacau hingga pekat
5. Masukkan garam
6. Kacau sedikit lagi
Hidang..
Ok bai

No comments:

Post a Comment