02 September 2017

CARA MELEMBUTKAN DAGING UNTUK MASAKAN



Masak daging memang sedap. tapi kalau keras memang boleh mengacau jiwa dan raga. Bukan anya daging keras. Ayam kampung, ayam pencen, itik atau daging kambing kalau masak silap hari bulan akan jadi keras. Di sini Kak Z nak share cara melembutkan daging mengikut petua arah mak dan orang-orang lain yang Kak Z jumpa ketika memasak. Sebab masing-masing ada cara untuk melembutkan daging ketika memasak.


1. Kepala dan bawah timun



Masa hendak memasak daging korang letakkan kepala dan bawah timun. Masuk jer daging terus masuk timun tu. Sebab getah timun akan membantu untuk melembutkan daging.  Timun ad abanyak jenis betul tak? Tak kira timun tempatan atau timun Jepun korang boleh guna. Kalau korang tinggal kat oversea guna jer timun yang ada kat pasaran tempatan korang tinggal. Timun tidak menhasilkan extra rasa yer. Jadi jangan risau. Ini adalah petua arwah mak Kak Z. Dia suka masak kari itik. Itik tu liat. Kepala dan bawah timun dia gunakan






2. Biji Kurma




Petua biji kurma ini adalah dari Kakak Kak Z. Kalau memasak di rumah tidak ada timun kami akan mengunakan biji kurma. Biji Kurma dalam 5 biji untuk sekali masak. Insyallah daing akan lembut. Cara ini memang ada di tulis dalam beberapa majalah masakan. Korang boleh guna cara ini jika tidak ada timun

Dua cara ini yang selalu Kak Z guna. Ketika memasak lauk daging samada sup, kari dan rendang. Selamat mencuba

Gambar dari mr Google terima kasih

Ok bai





No comments:

Post a Comment