15 January 2017

CHEEZY GARLIC BREAD BUAT DI RUMAH


CHEEZY GARLIC BREAD


Kak Z jarang beli garlic bread di luar. Selalunya buat di rumah. Sebab boleh dapat banyak. Anak-anak suka garlic btead cicah dengan creamy soup contoh sup creamy ayam atau mashroom dan stew. Cheezy Garlic bread Kak Z mudah. Hanya beli roti Peranchis sahaja.  

Dulu pizza hut ada jual cheezy garlic bread. Sedap yang amat. Kalau balik sekolah dulu selalunya singgah Pizza hut Bukit Bintang. Masa tu murah. Mampu milik. Hii. Sekarang murah juga. Tapi kalau 5 mulut botak. Kena buat sendiri.. Jom Kak Z

RESEPI

Bahan:-

1 batang roti Perancis
3 ulas bawah putih
100gm butter
100gm mozarella cheese parut
1 sudu besar basil flake kalau suka

Cara:-

1. Potong roti perancis menyerong setebal 1 1/2 inci.
2. Hancurkan bawang putih
3. Masukkan bawang putih dan basil flakes kedalam butter 
4. Kacau rata
5. Sapukan butter atas roti
6. Susunkan roti atas papan pembakar
7. Taburkan cheese
8. Bakar dengan suhu 180c selama 5 min
9. Keluar dan sedap di makan panas

Nota:

1. Basil flakes ada bahan alternative. Kalau tidak suka tidak perlu letak
2. Suhu oven ikut oven masing-masing.
3. Kak Z suka mozarella cheese sebab tidak masin

Selamat mencuba

Ok bai

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...