01 May 2016

Coconut shake Solok Duku, Masjid Tanah Melaka

Hujung minggu memang sibuk. Anak-anak kak z semua tuisyen. Hari ini habis awal kami bercadang hendak menonton Captain America di Aeon, Melaka Sentral. Konon hendak menonton pukul 12.30pm. Tiket habis. Hanya pukul 7.30pm baru ada. Ramainya nak tengok cerita ni. Bila fikir balik patut lah ramai manusia di Bandar Melaka hari ni sebab esok cuti. Maknanya office mak cuti esok. Nape cik secretary tak bagitau. Lupalah tu. Dari Aeon hendak ke Masjid Tanah mesti lalu Klebang coconut shake. Masyallah ramai orang beratur hendak beli coconut shake. Kak z tidak beli di situ sebab ada tempat lagi best. Mana? Coconut shake Solok Duku, Masjid Tanah.


Coconut Shake Solok Duku


Di Melaka banyak tempat jual Coconut shake. Klebang Coconut Shake, Batu Berendam Coconut Shake dan Cheng Coconut Shake. Semua kak z dah cuba. Tapi coconut shake Solok Duku juga sedap. Kalau coconut shake tutup, Kak z akan beli coconut shake depan Pejabat Pos, Masjid Tanah. Kedua-duanya sedap. Korang nak tahu sedap atau tidak cuba semua coconut shake baru boleh buat perbezaan. Sebab kak z dah buat

Ok bai

No comments:

Post a Comment