11 April 2016

Istana Melaka tarikan menarik bila ke Melaka



Istana melaka yang ada di bandar hilir ini ialah replika asal. Istana Asal lebih besar. Istana asal telah terbakar ketika Portugese menyerang Melaka. Istana ini di bina semula untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai kehidupan di zaman kerajaan melayu melaka.

Kak z bersama geng blogger Melaka kita orang telah melawat istana melaka ini. Kali keberapa kak z datang ke sini tak ingat. Tapi memang best.



Bangunan ini ada 2 tingkat. Banyak artifek lama di pamerkan di sini. Antaranya ialah bagaimana para perdagang mengadap raja dan juga perbalahan antara hang jebat dan hang tuah.





Istana melaka ini di bina dengan tingkap yang banyak. Rekabentuk Istana ini berciri minang dan cina.



Hari yang kak z pergi tu secara kebetulan kak z baru balik dari event milo. Kami semua kepenatan. Jadi tak habis istana kami lawat. Kami akan datang lagi dalam masa terdekat. Insyallah..

Apa pun melaka banyak tempat untuk dilawati. Kalau berkunjung ke negeri melaka mesti melawat bandar hilir tau..kalau ada sesi mengukur bandar hilir nanti kak z cerita lagi

Ok bai

No comments:

Post a Comment