11 April 2016

Demam makan bubur je leh..



Badan ni tau-tau aje kak z dah handover kerja pada orang lain. Mula lah sengal sana sini. Dah 2 minggu tak workout. Lagilah lemah rasa badan. Hari ini betul-betul out of service. Dengan sakit kepala, selsema dan batuk. Perfect dan tip top. Apa lagi makan bubur lah.. telan juga walaupun tidak sedap tekak.

Kak z ada satu bad habit, walaupun demam kalau ada kerja tidak diselesaikan gigih kak z bangun pandu kereta untuk selesaikan kerja tu. Nasib baik budak-budak tidak sekolah hari ini. Menjelang maghrib siap. Sempat buat blogwalking ke blog kawan-kawan untuk komen. Anak-anak pun cakap rehat momee.. nanti sakit teruk kami juga susah. Susah apanya korang.. sape nak masak ? Hurmmm anak-anak mak

Ok bai

No comments:

Post a Comment