"Adik.. awak dah cuba makan Chinese Muslim di Alam Damai?" Kak ipar Kak Z tanya
"Belum kak.. best ke Kak Tie?"
"Best...kedai kawan akak nanti awak pergilah" Jawap Kak Tie
Akhirnya sampai juga Kak Z ke restoran ni. Secara kebetulan datang ke Alam Damai, Cheras untuk satu cerita lain. Masa datang nampak kedai ni. Apa lagi dalam perjalanan balik singgah lah. Selera Santai Aura nama yang menarik...joom kita masuk. Akak di sambut oleh pemilik restoran . Joanna Nathalia Ti Abdullah.
Nampak simple dari luar. Mungkin Kak Z sampai awal pukul 3 petang. Pelanggan pun tidak berapa ramai. Tapi bila masuk ke dalam meriah. Mereka menyediakan menu makan Cina yang menarik seperti Dim Sum, Steam boat dan A la carte makanan Cina. Hendak makan apa ni? Banyak sangat. perut lapar tahap gedik selepas interview di Suria FM terus lari ke Alam Damai.Pukul 3 baru hendak Breakfast and lunch. Patut lah berat badan turun...hii.
Kak Z tanya apa makanan yang menarik. Hambik ko, macam-macam dia baginya aku. Dari udang, ketam, daging dan ikan. Makan sampai kenyang. Lain dari yang lain ialah Milk Prawn @Udang susu. Korang mesti ada yang tidak pernah rasa betul tak? Mula-mula tu pelik. Selalu yang Kak Z makan ialah butter prwan atau butter milk prawn. Ini Milk Prawan. Dalam hati kata " aku tengah pantang sebab tengah ambil vitamin C. ..udang adalah pantang". Sebab hendak mencuba sedap atau tidak. Kak Z cuba 1 ekor. Masyallah sedap ko. Dari satu jadi dua.. terus lima. Balik apa paling garu-garu ler. Doktor suruh minum air lebih. Siap kena marah. Lain kali jangan cari pasal...huuu.. Sedap punya pasal.
Buka setakat Milk Prawan yang Kak Z, ketam cili. Teringat Taeyang Big Bang kata "My Favorite Chilli Crab". Taeyang ko datang Malaysia.. Makcik bawa ko kedai ni.. sedap. Bukan sebab nak promote. Dah sedap cakap sedap lah. Kalau tak sedap cakap tak sedap. Betul Tak?
Joana bagi Kak Z makan Steam Siakap dan juga Shitake brocoli. Makan waktu lapar dan panas. Licin Nasi 1 mangkuk. Habis diet. pakwe call pun tak sedar. Pakwe..I eat a lot .. sorry to say that..." #ehh ada pakwe ke aku ni ..jawapan rahsia..ok bai
Makan tidak berhenti setakat itu sahaja...Nak nangis perut sebab makan lain pulak. Dim Sum. It my favorite. Kalau di Melaka, teringin sangat Kak Z selalu makan di Hotel Ramada Plaza. Sekarang ni kalau datang ke Kuala Lumpur teringin makan Dim Sum boleh datang ke sini. Senang hati sebab kita tahu kedai ni halal.
Sambil makan berborak panjang pasal dia buka kedai ni. Kak Z nak buat cerita pasal kedai ini dalam surat khabar yang Kak Z tulis. Sesuatu yang menarik. Betul tak? Tengok jam tangan sudah pukul 6 petang. Time untuk balik. Suami Joana @ En. Akhlif tahan tak bagi balik lagi. korang nak tahu kenapa? Suspend juga.. sebenownya dia nak bagi Kak Z cuba steam boat dia. berdebaq hati cheq. Ingatkan apa tadi. Ada steam boat korang tau tak. Ishh.. ishhh.. mana nak sumbat ni? perut den dah kecil tak macam dulu. Tawakal jer lah.. makan juga. Subhanallah sedap. Banyak pilihan dari darat ke laut pilihan untuk steam boat. boleh makan dengan sup atau grill. Anda boleh pilih. Tanya berapa harga Steam boat dia.. RM29.90. Melopong Kak Z, murah sangat. Next time bawa hero-hero datang. Dia orang tak ikut sebab sekolah. next week lah kita datang lagi.
Sebelum Kak Z makan tadi, Sementara tunggu hidangan di masak, Joana bawa Kak Z melihat dart center di tingkat 1. Berkonsepkan sport center. Ini adalah dart center tanpa alkohol yang di beri Aura Sport Center. Kak Z kan kepochi sikit kalau hal-hal macam ni. Selalu yang kita tahu dart center mesti ada alkohol. Kat sini tak ada. Betul tak? Joanna bagitau Kak Z, mesin dart yang dia ada boleh main online di seluruh dunia. Wooww... menarik. Dia selalu mengadakan games, pertandingan dan ada tenaga pengajar untuk dart ni. Rupanya ada wakil Malaysia ke luar negara. Ini sudah menarik. Cafe ini boleh memuatkan lebih kurang 180 orang kalau hendak membuat majlis hari jadi, jamuan pejabat, pejumpaan atau jamuan persendirian. Ada berani? Kalau hendak cuba korang ke datang sini. Kak Z tak sempat sebab dah lapow sangat. Nanti kami datang lagi..
*HIDANGAN*
1. Ala Carte Chinese Set
2. Chinese Cuisine Dim Sum
3. Asian Hawker Style
4. Double Soup Steamboat & Grill Buffet
Eat All You Can
FREE utk kanak-kanak 6 thn ke bawah
Dewasa : RM29.90 Nett
Warga Emas ; RM18.00 Nett
7thn - 12 thn : RM18.00 Nett
Lebih dari 120 JENIS MAKANAN STEAM BOAT
Kambing
Daging,Ayam
Ketam
Udang
Mussel
Bamboo Shell
Chocolate Fountain
Popcorn
ABC
Waktu Operasi
Selasa-Khamis *1130am-12am*
Jumaat *3pm-12am*
Sabtu, Ahad & Cuti Umum *1130am-12am*
Isnin ~ Cuti
*019 3351969/013 7880187*
65 &67 Jalan Damai Niaga 1
Alam Damai Cheras KL
Fb: Selera Santai Aura
Fb: Aura Sports Academy
No comments:
Post a Comment