05 November 2016

PENGALAMAN PERTAMA KALI BERSIARAN DI SURIA FM



PENGALAMAN PERTAMA BERSIARAN DI SURIA FM


Dua minggu lepas Editor Buku Danish dan Paf Pastri menghubungi Kak Z untuk mempromosi buku di Suria FM. Macam tak percaya pun ada bila di beri peluang ini. Yang pasti Kak Z. Kemudian Ketua Editor bahagian buku Karangkrat menghubungi Kak Z untuk  memberi tarik bersiaran. Confirm Kak Z akan ke udara pada 3hb November 2016. 



Bersama Abang Brian Slot 11.00pagi - 12.00 tengahari


Abang Brian @Suria FM

Pada tarik tersebut slot Kak Z  bersama Abang Brian, Slot Ceria Pagi 10.00pagi-12.00 tengahari. Gentar? Gabra? Semua rasa ada. Nasib baik tak keluar perkataan hawauu jer kalau melatah. Apa yang berlaku didalam konti? Sebelum suara Kak Z ke udara, Brian akan merakamkan perbualan kami terlebih dahulu. Sebenarnya dua tiga kali juga Brian merakam suara Kak Z sebab salah dan tersasul. Apa yang keluar di radio telah di edit dengan cantiknya oleh Brian...hiii.. 


Sedang Baca Skrip Ssoalan Dan Jawapan


Komen di FB paling tidak menahan.. sedapnya suara. adeehhh..glamour sekejap.


Banner Promosi

Kenapa Kak Z bersiaran ke udara? Sebenarnya hendak mempromosi buku Kak Z bertajuk Danish dan Paf Pastri Langkah Demi Langkah. Kepada pengemar pastri boleh beli buku ini Harga RM25.00 di kedai-kedai buku terpioh atau beli online di Alaf21. Buku ini adalah tulisan Kak Z di bawah terbitan Karangkraf. Sudah setahun buku ini di pasaran. Alhamdullilah mendapat sambutan  yang mengalakkan.


Dengan Logo Suria FM


Sudah tentu Kak Z bangga dengan terbitan buku ini. Tapi lebih suka keep low profile atau duduk belakang tabir. Ramai tidak sangka Kak Z menulis. Sebenarnya Kak Z buka sahaja menulis buku. Kak Z blogger dan journalist dengan beberapa majalah dan akhbar tempatan. Majalah dan akhbar apa lebih baik Kak Z rahsiakan dahulu. Ada yang tahu... yang baru mengukuti Kak Z mungkin tidak tahu. Sebab itu Kak Z relax jer duduk rumah. Tapi sebenow-sebenownya makcik busy. Lari sana sini macam cabut ekor... 



Acara Tanda Tangan Buku..tembam tangan ku

Jadi blogger dan journalist ni memang glamour. Takut ko... orang tanya awak kerja apa? Blogger..nanti orang tu kata..takutnay..takut kena viral. Nangis kejap dengan statement tu. Bukan semua blogger suka viralkan cerita dek non. Kak Z sendiri takut untuk viralkan cerita sebab kita tidak tahu kesahihan cerita tersebut. Melainkan mendapat pengesahan tuan punya diri. Paling haru orang kata blogger berlagak dan suka cari pasal. Sentap jap.. Tapi ada baiknya buat cerita sendiri pergi dah lihat. Contoh launching barang, food review, travelling, lifestyle atau review produk. Kurang dosa dari mengumpat orang. Blogger boleh tulis apa sahaja yang terfikir di fikiran meraka. Contoh kes viral. lagi sensasi cerita tu. Lagi best betul tak? Tolong jangan kecam Kak Z. Tapi hakikatnya gitulah.



Mohd Firdaus @ Epy.. Promo Karangkraf

Kalau kerja journalist mudah. Banyak belakang tabir. Lagi mudah dan kurang glamour. boleh keep low profile. Tahu-tahu new sudah keluar. Kerja juga ada etika penulisan. Tidak boleh main bantai jer. ada tak pasal-pasal kena siasat. Tak boleh menulis lagi. Kak Z suka gini.

Apa pun bidang penulisan memang menarik. Kita kena panggil pembaca. Macam Di facebook dan IG.. kita hendak orang baca tulisan kita. Lepas ini macam-macam yang Kak Z akan cerita lagi. Insyallah Feb 2017, Kak Z akan bersiaran di Radio nasional. Masih dalam perbincangan. Nanti dengar tau.

ok bai






No comments:

Post a Comment