14 August 2016

Lamb Chop Dengan Cherry Mint Sauce dan Kentang Bawang Putih




Korang kena cuba resepi ini. Resepi dari Chef Mozart. Selalu kita makan lamb chop dengan seasoning yang banyak tapi ini ada kelainan


Resepi: Chef Mozart Muhammad
Lokasi: Olio Restaurant, Ramada Plaza Melaka
bahan-bahan:

6 keping daging kambing untuk lamb chop
1 minyak zaitun
1 sudu besar daun rosemary segar
4 ulas bawang putih, dihiris
garam
Lada hitam

Kentang putar:

800gm kentang russet di buang kulit dan potong dadu
1/2 cawan krim putar
susu

Sos Ceri pudina:-

2 cawan ceri kering
2 cawan batang pudina
1 cawan daun pudina, dicincang
1/4 cawan gula
3/4 cawan air
1/8 cawan tepung jagung

Cara:-
  1. Basuh bersih daging kemudian keringkan.
  2. Perapkan dengan daun rosemary, bawang putih dan minyak zaiton
  3. Perapkan semalaman di dalam peti sejuk.
  4. Panaskan grill anda.
  5. Gaulkan daging kambing yang di perap tadi dengan lada hitam dan garam
  6. Daging perlu di sengetkan 45 darjah supaya masak rata.


Cara membuat Sos Cherry  pudina
  1. Masukkan ceri, air dan batang pudina kedalam periuk
  2. Masak sehingga mendidih atau 2/4 dari air.
  3. Keluarkan batang pudina
  4. Cincang daun pudina dan masukkan kedalam rebusan ceri
  5. Masukkan gula
  6. Larutkan tepung jagung dengan air supaya tidak berketul ketika masuk kedlaam sos ceri
  7. Biarkan mendidih sebentar dan sejukkan

Cara Kentang putar:-
  1. Rebus kentang dan bawang putih cincang.
  2. Toskan kentang dan bawang putih.
  3. Lenyek kentang dan masukkan krim
  4. Jika terlalu pekat tambahkan susu
  5. Boleh juga tambah serbuk perasa.


No comments:

Post a Comment