14 August 2016

Salmon Grill dan Badam Panggang Bersalad



Salmon Grill dan Badam Panggang Bersalad


Kak Z suka makan Ikan Salmon terutama waktu diet. Sebab Ikan Salmon mempunyai protien yang tinggi. Kak Z alah kepada telur kena makan lain. Korang walaupun makan protien yang banyak, Kak Z masih makan karbo tapi dalam jumlah yang sedikit. Minum air secukupnya dan workout. Resepi hari ini mudah. Jadi korang mesti kena cuba

Resepi : Chef Mozart bin Muhammad
Lokasi Ramada Plaza Melakabahan-bahan

400gm isi ikan salmon
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam

Salad Badam panggang dan parsley

1 biji bawang merah
1 sudu besar cuka
garam secukup rasa
2 sudu besar caper 1 cawan daun pasli
1/2 cawan badam bakar
minyak zaitun

cara bakar ikan salmon:-


  1. Panaskan ketuhar kepada 450 darjah F. 
  2. Perapkan salmon dengan garam dan lada hitam
  3. Sapukan dulang pembakar dengan marjerin
  4. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak
  5. Letakkan ikan bahagian kulit sebelah bawah dia tas kertas minyak
  6. Bakar lebih kurang 12-15 min

Cara membuat Salad Badam panggang dan parsley


  1. Cincang bawang merah dan masuk kedalam mangkuk
  2. Campurkan cuka dan sedikit garam
  3. Cincang caper, daun parsley dan badam
  4. Campurkan kedalam campuran bawang bersama minyak zaiton
  5. Tambah sidikit perisa jika mahu
  6. Kacau biarkan sebentar
  7. Di hidangkan dengan ikan salmon tadi
ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...