20 August 2016

Kek Batik Awesome


Kek Batik Awesome



Kek Batik Awesome yang Kak Z buat ni mudah sangat. Tidak sampai 20 minit siap. Tapi yang lamanya ialah kena simpan dalam peti sejuk untuk mengeraskannya. Kalau adik-adik yang duduk asrama atau rumah sewa pakai rice cooker pun boleh menyiapkan kek ini.

Hujung minggu begini anak-anak Kak Z suka keluar masuk dapur untuk cari barang makan. Kenalah Kak Z siapkan makanan yang cukup, mudah dan pastinya yang sedaplah. Bila tanya pagi tadi korang nak dessert apa? Kek batik katanya. Dalam bulan ni sahaja 5 kali Kek Batik sahaja pemintaan diaorang. Haris kata 'Kek Batik Mummy buat kita oranag penasaran'. Ceh..mengampu mak ker apa? Jom akak share buat kek yang teramat senang ni.

Bahan:
1 pek biskut marie.. patahkan 4
1/2tin susu pekat
1 buku butter
1/2 cawan air
1/4 cawan serbuk koko
3 sudu milo
3 biji telur

Cara:

1. Cairkan butter
2. Masukkan susu dan air
3. Kacau rata
4. Masukkan serbuk koko dan milo
5. Kacau lagi
6. Pukul telur dengan garfu dan kacau supaya telur tidak berketul
7. Biar mendidih sikit dan tutup api
8. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga semua bersalut coklat
9. Masukkan kedalam loyang yang dialas dengan kertas minyak
10. Tekan supaya rata dan masukkan kedalam peti sejuk selama 2 jam.
11. Selepas 2 jama boleh di hidangkan.

Selamat mencuba
Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...