27 August 2016

KUIH LOPEZ KAK MAS

KUIH LOPEZ



Bahan untuk membuat kuih lopez:-

1/2 kg beras pulut
1/2 sudu kecil kapur
Daun pisang
1 biji kepala parut putih
Secubit garam

Cara Membuat Kuih Lopez:-

1. Basuh pulut untuk hilang kotoran
2. Rendam pulut dan campur kapur semalaman
3. Layur daun pisang
3. Potong daun pisang lebih kurang lebar 5 inci dan panjang 8 inci
4. Lapiskan dia supaya daun tidak mudah pecah ketika ikat dan bungkus
5. Gulung seperti kone
6. Masukkan pulut dalam daun dengan sukatan 1 1/2 sudu.
7. Kalau lebih dia besar sangat tak cantik dihidang . Daun besar senang membungkus .
8. Ikat supaya beras tidak keluar dari daun.
9. Siapkan air dalam periuk anggaran air untuk 3 jam
10. Masukkan lopez tadi dan tutup dengan lesung batu
11. Rebus selama 3 jam
12. Selepas 3 jam cepat-cepat toskan supaya tidak kembang
13. Biarkan sejuk sebentar
14. Gaul kelapa dan garam
15. Keluarkan lopez dari kulit pisang
16. Salutkan dengan kelapa tadi

Bahan untuk Kuah gula:-

2 ketul gula melaka
Sehelai Daun pandan
300ml Air
100gmGula pasir

Cara buat kuah:-

1. Masak gula melaka, gula pasir dan air
2. Masukkan daun pandan
3. Kemanisan air gula bergantung kepada kegemaran masing-masing
4. Untuk pekat ketak sedikit 1/4 sudu teh tepung gandum

Jom kita buat.. credit to my sister sebab dia yang ambil gambar step by step ni


Rendam Pulut 

Letak Air Kapur

Warna Pulut Berubah Kekuningan

Daun Pisang dan Tali Pengikat


Daun Pisang Perli Di layukan Atas Api


Potong Ikut Saiz


Toskan Pulut

Daun Pisang dilapiskan dua supaya tidak pecah

Jadikan Daun Pisang Seperti kon


Masukkan pulut dalam kon
Isi lebih kurang 3/4 tidak terlalu banyak


Kemudian ikat begini


Masukkan kedalam periuk untuk di rebus

Rebus lebih kurang 2 jam atau masak dan padat


Pulut Telah masak

Setelah masak boleh disalut dengan kelapa parut dan di makan dengan air gula

Selamat Mencuba

ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...