27 August 2016

OREO CHEESE CAKE

OREO CHEESE CAKE

Kek ini adalah dari koleksi lama Kak Z. Masa mula-mula belajar ambil gambar untuk food style. Hampeeehh sungguh gambar waktu ni. Tangan gigil guna DSLR. Tahun bila Kak Z tak ingat. Dari sini Kak Z belajar sedikit demi sedikit.. lama-lama pandai lah. betul tak?

Kita cerita pasal kek  ini pulak. Anak-anak Kak Z suka sangat makan cheese cake. Kalau hendak gi Secret Recipe mau kopak. sebab bukan boleh 1 slice dia orang ni. Dari situ Kak Z mula belajar buat kek cheese. Antara kek cheese yang Kak Z belajar ini lah. Sekali hadap. Korang cuba sebab senang

Bahan:-

1 bungkus biskut  OREO
1/3 cawan  butter  cair
1kg cream cheese
3/4 cawan gula  sugar castor
1 cawan sour cream.. sy guna yogurt
1 sudu te esen  vanilla
4  biji telur

Cara -cara


  1. Panaskan oven 180 darjah
  2. Kisar biskut oreo  jgn lupa buang cream di tengah. 
  3. Gaul dgn butter  utk dijadikan asas kek.   
  4. Tekan di dalam Loyang.
  5. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati
  6. Masukkan sour cream dan esen vanilla
  7. Masukkan telur satu persatu  pukul hingga sebati
  8. Masukkan di atas oreo tadi.
  9. Hias dengan biskut oreo di atas kek tersebut dan bakar selama 1 jam atau kekuningan
  10. Biarkan sejuk  boleh di hidang..

No comments:

Post a Comment