05 June 2016

Estadia Hotel Melaka.. Menikmati Masakan Baba Nyonya Melaka

Baba Nyonya memang terkenal di negeri Melaka. Asal Baba Nyonya dari negara China. Dulu-dulukan Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Negara yang menjalinkan hubungan dengan Melaka ialah China, India, Arab dan negara barat. Kalau datang di Melaka anda boleh keliru. Muka Melayu tapi Eurasian. Muka Cina tapi Melayu, pakai kebaya.. muka India itu lah Chetti. Ambil contoh Kak z.. muka sahaja Cina.. tapi cakap minang. Tak ker korang pelik. Baba nyonya ialah perkahwinan campur masyarakat tempat dengan orang Cina. Itu yang mewujudkan kaum Baba Nyonya.


 Restoran Makan Nyonya, Estadia Hotel


Kalau datang ke Melaka, para pelancong akan mencari tempat makan yang sedap. Contoh ikan bakar Duyung, ikan bakar Umbai, ikan bakar Perkampungan Portugese, coconut shake Klebang atau Jonker Street.


Bakul sia atau mangkuk tingkat Baba Nyonya

Tapi macam mana hendak mendapat masakan Baba Nyonya? Korang cuba masakan Baba Nyonya di Restoran Makan Nyonya, Estadia Hotel Melaka. Di sini korang boleh mencuba pelbagai masakan Baba Nyonya yang halal dan sedap.



Estadia Hotel terletak di tengah Bandar Melaka. Hotel ini bercirikan boutique hotel. Dekorasi dalam hotek ini sangat unik kerana rekaan dalaman peranakan. Ada mempunyai ukiran Baba Nyonya yang menarik. Bila masuk sahaja restoran Makan Nyonya ini, Kak z rasa tenang. Sebab cahaya yang masuk dari kiri dan kanan menerangi seluruh hotel tanpa memerlukan cahaya lampu yang banyak.



Tiffin @ mangkuk tingkat

Banyak tiffin atau mangkuk tingkat yang cantik menghiasi restoran ini. Memang macam rumah Baba Nyonya. Tenang sangat. Sebenarnya Kak Z datang hotel ini hendak cuba 'Young Manggo Juice'. Ini AK, editor Majalah Santai punya pasal lah ni sebab bagitau Kak z jus ni sedap. Terus anak tekak kat momee jom. Sungguh sedap. Sampai sahaja di sini sudah rasa tenang. Bila dapat minum jus yang sedap tu lagi lah rasa tenang.


Young Mango Juice



Boleh pulak terjumpa dengan Executive Chef dia, apalagi Kak z tawarkan untuk masuk dalam Majalah Aroma. Bagi memperkenalkan masakan Baba Nyonya. Luas tapak tangan lagi luas tangan Chef terbuka untuk tawaran Kak z. Jadi dia pun menjemput Kak z mencuba menu baru restoran ini. Apa lagi kita cuba lah. Masakan Baba Nyonya adalah campuran masakan Cina, Melayu dan India. Ada kari, masak lemak dan sup. Ini yang menarik pasal negeri Melaka. Banyak kahwin campur, masakan pun bercampur-campur. Jom kita tengok masakan peranakan ini


Nyonya Pie Tie - RM18.00


Mixed Satay - RM22.00


Fish maw Soup -RM25.00


Ayam Pongteh -RM25.00


Nyonya Fish head Curry -RM75.00 (seluruh kepala ikan)


Crispy Baby Crab -RM32.00


Udang Masak Lemak - RM35.00


Rosted Lamb Stuffes with Chinese Bun - RM35.00


Bubur Cha Cha -RM12.00

Semua makanan ini baru di perkenalkan sebagai makanan A La Carte. Hidangan ini boleh di dapati di Restoran Makan Nyonya Estadia Melaka, dari pukul 11.00pagi-11.00pm. Restoran Makan Nyonya sedang mengadakan promosi menu baru, kepada mereka yang memilih menu ini akan di beri sup pilihan Chef dari 5hb Jun - 5 hb Julai 2016.

Sempena Ramadan, Restoran Makan Nyonya memperkenalkan Makan Malam Juadah Citarasa Beraneka. Pelbagai hidangan dari masakan Melayu dan Baba Nyonya. Estadia Hotel memberi tawaran menarik dengan menempah tempat untuk 5 orang akan mendapat 1 tempat percuma untuk menikmati Juadah ini. Juadah ini bermula dari 10hb Jun 2016 - 3hb Julai 2016. Harga ialah RM65.00. Untuk tempahan boleh hubungi 06- 2279600




Tempat:
Restoran Makan Nyonya, Estadia Hotel Melaka


Promosi:
Makan Malam Juadah Beraneka Citarasa 


Tarikh:
10hb Jun 2016 - 3hb Julai 2016


Harga:RM65.00 untuk dewasaRM38.00 untuk kanak-kanak. 


Untuk tempahan boleh hubungi 06- 2279600

Link:
http://estadiahotel.com




Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...