05 June 2016

Golfer's Terrace A Famosa...Buffet Makan Malam Ramadan


A Famosa Resort menawarkan tempat makan, percutian, hotel, water park, golf dan safari. A Famosa  Resort terletak di Simpang Ampat, Melaka Jika anda mengunakan highway PLUS dari Kuala Lumpur atau Johor masuk di toll Simpang Ampat Dari sana 10 min ke A Famosa.

Bulan ramadhan A Famosa menawarkan Buffet ramadhan. Harga berpatutan dan pelbagai jenis makanan. Golfer Terrace luas dan boleh memuatkan 200 orang untuk satu-satu masa. Anda boleh memilih untuk duduk di kawasan merokok atau tidak. Kawasan meletak keretya juga luas dan mudah. berdekatan dengan cafe.



Buffet Iftar Ramadan Golfer Terrace Coffee House

A Famosa Resort 



Tema Arab ' Aladdin' menyambut kedatangan Tetamu

Tahun  ini A Famosa Resort menyediakan lebih 100 juadah untuk bulan Ramadan bertemakan 'Arab'. Semua makanan di sini menarik. Bermula dengan manisan pembuka selera. ada juga kambing Golek dan kambing bakar. 







Pengunjung disajikan dengan pembuka selera seperti rojak buah dan pelbagai jenis jeruk. Ada juga ulam-ulam, pecal Parit Jawa dan Kerabu ayam berulam keledek. Bagi peminat sambal pula macam-macam jenis sambal di hidangkan. Sambal tempoyak, sambal cincalok, sambal kicap pedas dan kesukaan ramai sambal mangga pedas.





Menu utama Ramadan ini ialah 'Homemade Fusion Bread Conter' yang menyediakan pelbagai jenis roti seperti ' Assorted Bread Loaves & Rolls', 'Grissin Stick & Lavash', 'Sticky Rice with Rendang Bread', 'Serunding bRead', 'Dates Rolls', dan 'Curry Sesame Bread'. Jika anda ingin makan pizza ada bahagian pizza yang disediakan. Pelbagai jenis pizza dia nataranya ialah ' Seafood Percik Pizza', 'Beef Rendang Pizza', 'Chicken Satay Pizza' dan 'Masala Veggie & Seafood Pizza'. Menu barat pula ialah 'Assorted Pasta with Carbonara', Arrabita' dan 'Napolita'.


Pengemar masakan secara bakar atau panggang, boleh menikmati otak-otak, kambing golek, 'Lamb Chop', 'Charcoal Grilled Chicken', satay dan macam-macam jenis pilhan makanan laut. Bagi yang ingin mencuba masakan India, anda boleh mencuba 'Chicken Manja Kolimba', 'Mee Kolumba', 'Baigan Bhartha'. dan  dhall.













Pengunjung juga boleh menikmati hidangan kampung ' Tradisional Kampung Cuisine' seperti Nasi Tumis Kari, Ketam Kari Kandar, Ayam Rendnag Minang Hijau, Satong Kolio, Nangka Masak Lemak Cili Padi dan Kambing Pedas Lada Hitam. 









Semua makanan di sini membuat anda rambang mata. Jika anda ingin membuat tempahan, boleh mendapat maklumat di bawah:-

Iftar Bufet Makan Malam
Tarikh : 6 Jun-5 Julai 2016Masa : 6.30 petang -10.00 malamLokasi : Golfer's Terrace , Club House

Harga Promosi ( Tempahan Awal sebelum 10 Jun 2016)RM 48 Dewasa RM 38 kanak-kanak
Harga BiasaRM 68 Dewasa RM 48 Kanak-kanak
Tempahan Awal ( 5 hari sebelum tarikh datang)

Golfer's Terrace  ext 88865Isnin -Ahad ( 10 pg-6 ptg)
Tel no : 06-552 0888


Website : www.afamosa.comAlamat : Jalan Kemus , Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah , Melaka


ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...