Olio Ramada Plaza Melaka
Olio, Restoran Itali, Ramada Plaza Melaka memperkenalkan menu baru mereka sempena hari Kebangsaan Itali pada 2 Jun 2016. Seperti yang kita tahu negara Itali terkenal dengan pasta yang sedap. Pasta yang terkenal pastinya Spaghetti. Spaghetti di makan dengan sos bolognese daging, perrhh sedap. Orang lalu di belakang pun tak nampak. Kak Z rasa ramai yang suka masakan pasta ini. Masakan Itali bukan hanya pasta banyak lagi. Tapi kali ini Olio banyak memperkenalkan masakan pasta. Kak Z sebagai tetamu untuk merasai setiap pasta yang diperkenalkan. Itu gambar Kak Z dengan Big Boss Ramada Plaza Melaka, Edouard Reizin. Orang Itali yang terkenal dengan ramah mesra. Jumpa orang Itali, teringat Turin, Itali.
Korang mesti suka pizza betul tak? Pizza kat sini sedap. Kak Z mula rasa pizza Olio disambutan hari Ibu, Ramada Plaza Melaka dengan Chef Wan. Kita ni bila makanan sedap mesti teringat betul tak? Hari ini di hidangkan pizza yang sedap tu.. nikmat sangatlah. Terasa sos, keju, ayam dan kulit pizza yang nipis. Pasang niat..hendak datang lagi..
Oven Batu
Restoran Olia membakar pizza mengunakan cara Itali sebenar iaitu oven batu. Kalau di Itali kebnayak rumah dan restoran mereka mempunyai oven batu ini. Untuk masak oizza atau roti. Mengikut sejarah awal roti berasal dari Mesir. Tapi telah berkembang ke negera Arab dan Eropah. Dan antara negera yang terkenak dengan roti Ilah Itali. Tak jauh pun Itali dan Mesir menyeberang laut jer. Bila sudah masak dan di makan panas... lebih sedap dari Pizza Hut.
Pizza Itali
Risotto dan Cendawan
Mushroom Soup
Chicken Breast, Risotto and Cord Fish
Lamb Rib and Beef Rib Eye
Desert
Ada 5 menu baru yang di perkenalkan. Pastinya menjadi pilihan ramai. Chef yang akan memasak makanan ini ialah Chef Kairul. Sentuhan rasa Itali yang betul baru rasa macam berada di Itali. Orang Itali memang cerewat pasal makan. Masakan pasta selalunya dengan herba Itali seperti pasley, oregano basil dan thyme pasti membuat anda yang terpikat untuk makan selalu.
Spaghetti Bolognese
Pennete
Ravioli
Fettuccine Bolognese
Lasagana
Ruangan Restoran
Mr. Edouard Reizin
Chef Khairul
Bersama Chef-chef restoran Olio
Team Ramada Plaza Melaka
Waktu operasi :
6-30pm-10.30pm
Tutup hari Selasa
Untuk Tempahan:
606 - 284 8888
Tempat:
Restoran Olio, Tingkat 2,Ramada Plaza Melaka
ok bai
No comments:
Post a Comment