07 May 2016

Surau..


Surau


Banyak tempat yang kak z sudah pergi. Sebagai seorang Islam kita pergi kemana-mana pun, solat kita kena jaga. Kalau kita bermusafir kita boleh jamak dan qasar. Pengalaman kak z solat di luar negara pasti yang menarik. Kenapa? Dalam tahun 1990an dan awal 2000 di negara barat tidak ada tempat khas untuk solat di sediakan. Kena lah solat di sudut-sudut sesuai. Bila berada dalam keadaan solat orang akan yang lalu lalang akan melihat kita dengan pelik. Pernah kena tegurlah..buat juga.kalau tidak dosa. haa..haa

Ambil wuduk pun susah. Mana nak cari paip air untuk wuduk. Semua pakai lap dengan tisu. Caranya isi air dalam botol mineral dan wuduk dalam tandas. Buat yang wajib. Darurat lah katakan. Macam mana pula musim sejuk? Pengalaman musim sejuk di China paling ngeri sejuk gila. Negara China ramai orang Islam, Banyak masjid atau surau-surau kecil. Mudah untuk solat. Tapi bila bab ambil air wuduk haru.. air sejuk beku. Di Europe boleh tahan juga lah. Sebab dalam tandas ada air panas. Tidak lah sejuk sangat.

Sekarang kak z hendak cerita tempat solat atau surau di Malaysia. Sedih..kenapa? Kita negara Islam..Tempat solat dalam bangunan, shopping mall atau hotel bila masuk kadang-kadang menyedihkan Teletak di mana? Area parking, tempat tersorok, Lower Ground.Bila masuk..ada bersih.. ada juga kotor..bau hapak..panas. Kadang-kadang ada manusia duk makan dalam tu.Ada tempat kemudahan asas pun tak ada.. seperti tempat wuduk.kena wuduk dlm tandas..kalau tandas ada paip air senang..kalau yg air picit keluar dari lubang ponel camne?

Telekong wakaf jangan cakaplah..nangis kalau kita lihat..kepam.Ialah..suka hati owner bangunan lah nak buat apa kat surau tuHak diaorangkan...Yang buat surau elok-elok, cantik-cantik dan jaga bersih-bersih kak z ucapkan terima kasih banyak-banyak.Tapi yang pelik surau yg kotor dan tak maintain ni bangunan hak Melayu dan Islam. Yang bersih dan well maintain bangunan hak orang asing dan bukan Islam. Nak cakap apa lagi..tak tau lah

Ok bai

No comments:

Post a Comment