Penjara Melaka di tubuhkan pada tahun 1860. Merupakan penjara pertama di Malaysia. Penubuhannya lebih awal dari Penjara Pudu pada tahun 1895. Bangunan penjara terletak di Bandar Hilir, Melaka. Telah dijadikan Muzium penjara kerana sejarah bangunan ini. Dan keadaan yang tidak sesuai untuk di huni lagi. Sekarang penjara baru negeri Melaka ialah di Sg Udang.
Muzium Penjara Malaysia
Kak z suka untuk belajar sesuatu benda yang boleh dijadikan pengajaran pada diri kak z. Ini lawatan kali ke-2. Kali pertama datang masih tidak faham apa keadaan dalam penjara ini. Kali ini kak z meneliti satu persatu mengenai muzium ini. Sebenarnya takut masa kali pertama masuk. Kali kedua excited pulak.
Pintu Kayu sel banduan
Awal penubuhan penjara ini hanya mengunakan pintu kayu tetapi kemudian di ganti dengan pintu besi yang berjeriji. Kita tidak nampak apa yang ada didalam sel tersebut. Keluasan lebih kurang 5 x 15 kaki. Sel ini akan di huni lebih kurang 7-13 orang. Boleh bayangkan sempit sel tersebut.
Di sebalik jeriji ada banduan
Pintu Sel dari besi
Manga kunci untuk mengunci sel
Ini penjara lama. Tidak seperti penjara baru. Seperti di ceritakan oleh pegawai yang bertugas. Tetapi kita boleh mendapat gambaran sebenar kehidupan seorang banduan di penjara-penjara Malaysia. Dalam muzium ini kak z dapat melihat barangan yang digunakan oleh banduan dalam kehidupan seharian mereka di penjara. Ialahkan dah nama penjara semua simple tapi cukup.
Sabun basuh baju, mandi dan berus gigi semasa menjalani kehidupan dalam penjara
Bekas Makanan dalam penjara
Barang kegunaan harian banduan.. tilam, selimut, gayung dan barang keperluan diri
Dalam bilik yang sempit ini kencing dan berat perlu dilakukan di dalam sel jika banduan telah dikurang semula dalam sel. Hurmm.. Kak z membayangkan bau busuk kalau salah seorang banduan membuang air besar. Didalam bekas yang disediakan. Dengan hanya segayung air. Mampukan kak z hidup dalam keadaan begitu. Selisih malaikat 44. Tekad jadi baik tidak mahu nakal. Anak-anak please baik-baik jangan nakal
hujung warna hitam Potty untuk banduan
Penjara ada surau dan klinik. Surau tempat mengajar mereka agama dan solat berjemaah oleh ustaz atau ustazah yang di lantik. Ilmu keagaman bukan hanya untuk orang islam sahaja. Agama lain juga juga ada di lantik pembimbing mereka. Klinik didalam penjara adalah untuk merawat sakit ringan para banduan. Banduan manusia biasa pasti sakit dan demam. Ada doktor khas yang ditetapkan dalam penjara untuk merawat banduan ini. Jika mereka menghadapi sakit teruk, mereka akan di rawat di hospital awam.
Klinik Penjara
Kita yang bebas kemudian dikurung pasti berubah 360 darjah. Dengan gari ditangan. Ialahkan dah nama persalah. Bila kak z tengok gari yang dipamerkan pun dah seram. Tali gantung dan rotan juga ada di pamerkan. Bila kita melihat benda ini baru kita tahu bagaimana proses kemasukan dalam penjara dan hukuman di jalankan
Rotan untuk banduan jalani hukuman rotan
Dalam penjara ini ada replika tempat hukuman gantung dan rotan di jalankan. Tapi kita dibenarkan mengambil gambar. Sebab ini akan mengundang sensitiviti keluarga banduan. Betul juga...se eloknya begitu. Bila kak z bawa anak-anal mereka rasa gentar juga. Asyik bertanya.. betul ke momee itu dan ini. Nampak lah perubahan muka diaorang. Bukan dia orang jer gentar kak z pun. Cuba bayangkan dari 14cm ukur lilit leher kita jadi 5-7cm. Dalam 5 saat sahaja persalah akan mati. Sewraammm..
Baru kak z tahu, baju yang di pakai oleh banduan di bahagi mengikut warna berlainan. Ini bagi memastikan jenis jenayah mereka. Bagi banduan akhir pakaian mereka berwarna putih.
contoh baju banduan akhir
Didalam penjara ini ada gambar mural yang di lukis oleh banduan bagi meluah rasa sunyi mereka dalam penjara. Cantik lukisan mereka. Kak z tak dapat hendak ambil gambar lukisan tersebut. Kalau ada kesempatan kak z pergi lagi. Bukan hanya lukisan tapi ada juga luahan rasa hati.
pocket Show
Pihak muzium penjara juga ada mengadakan pocket show sebulan sekali. Pocket show ini mempersembahkan kehidupan terakhir untuk banduan akhir. Pastinya kita berlinangan air mata ketika berada di dalam pocket show ini. Sebab banyak pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar.
Bersama Tuan Asmadi.. Pegawai di Muzium Penjara
Apa pun kak z ucapkan terima kasih kepada pihak Muzium Penjara Malaysia sebab telah memberi penerangan serba sedikit mengenai muzium dan kehidupan banduan yang boleh membuka mata kita yang hidup bebas ini. Jangan lakukan jenayah.
Ok bai
NOTA: GAMBAR YANG DI TUNJUK ADALAH UNTUK PAMERAN SAHAJA
No comments:
Post a Comment