16 April 2016

Muka Rasa Tegang Di Hari Ke 13 Ultherapy


ULTHERAPY

Muka Rasa Tegang

Kak z bukan jenis yang suka selfie tayang muka. Tapi semenjak buat ultherapy ni makin tersuka pula. Kak z dapat lihat setiap perubahan di muka. Sekarang rasa lebih yakin untuk berjumpa dengan orang.

Selepas 13 hari. Kak z dapati pipi kak z yang kelihatan jatuh mula naik sedikit. Seperti doktor Kelvin terangkan perubahan akan nampak demi sedikit dalam masa 180-240 hari. Ini baru 13 hari...tapi sudah ada perubahan. Dagu yang belapis pun sudah mula kurang taw..flawless sangat sekarang ni.. woowzess.

Kulit muka semakin putih dan sekata. Kakak pun kata jeragat kak z mula menipis. Jerawat kecil ada naik sedikit. Tahu aje lah..bulan mengambang..hii tapi selepas buat facial.. jerawat mula kering. Lepas ni kak z kena usaha lebih untuk hilangkan jerawat yang suka sangat dengan muka kak z..chiookk z.



Bersama cucu @ anak menakan punya anak laa..



Kenapa ini terjadi? Sebab kolagen kak z sudah aktif bekerja untuk mencantikkan muka kak z. Ialah kak z faham.. kak z dah tua. Walaupun dah tua tak salahkan untuk nampak cantik. Penyanyi dan pelakon Cher sampai sekarang nampak cantik.

Kenapa perlu ransangkan kolagen? Sebab kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. Tak lah bercita-cita untuk jadi remaja semula. Nampak segar dan muda pun kak z dah teruja..



Kate Whislet..pelakon titanic rupanya jalani ultherapy. Kak z tahu sebab Ultherapy Arab follow IG kak z. Ramai pelakon Hollywood yang jalani rawatan ini rupanya. Rawatan ini tidak memotong atau mengganggu permukaan kulit. Agak-agak Kajol buat rawatan apa? Hurmmm


waw boleh pakai untuk hari raya nanti,, orang nak baju cantik. Kak z nak muka, baju, tudung semua cantik tahun ini. Selamat bercantik Z.

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...