16 April 2016

Rumah sunyi .. kembar pergi kem kepimpinan



Si kembar tidak ada rumah, si adik macam kena tungau. Mana tidaknya..kawan gaduh tu..

Rumah kak z meriah sebagai mana korang tahu anak-anak kak z semua lelaki. Bergaduh perkara biasa. Tapi belum tahap bertumbuk. Hentam sikit-sikit adalah. Itu adat anak-anak yang membesar.

Si adik asyik tanya mana si abang. Bila abang kembar hendak balik . Baru ko tau sunyi bila abang kembar tak ada kat rumah. Hendak ajak abang hakim main xbox tak syiok sebab mesti abang hakim menang. Kalau ajak abang kembar.. adik ada chance untuk menang.

Tadi kak z talipon si kembar.. awak ok ker duduk kat sana. Dia orang ok aje. Masa sekolah rendah dalam darjah 1,2,3..diaorang sekolah tahfiz di Kuala Lumpur. Sekolah tu selalu buat perkhemah. Jadi tidak ada masalah untuk kembar menyesuaikan diri. Kembar nampak sahaja lembik. Tapi diaorang very adventure. Oleh kak z tidak risau sangat kalau anak-anak keluar untuk perkhemahan. Sebab kak z yakin anak-anak kak z mempunyai iktiar hidup yang tinggi. Insyallah

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...