Macam-macam kisah banduan akhir kita boleh baca dalam mr google. Ada antaranya benar dan antaranya tidak. Lawatan kak z ke Muzium Penjara Malaysia di Bandar Hilir, Melaka sayu dan sedih. Melihat keadaan penjara mendatangkan insaf dan taubat pada kita. Janganlah anak-anak dan keturunan kak z masuk penjara. Jadi jangan buat jenayah.
Banduan Akhir
Kehidupan dalam penjara tidak sama dengan bebas diluar. Kak z pergi dari satu sel ke satu sel. Walaupun hidup makan tidur didalam tembok batu ini tidak sama nikmatnya hidup di luar. Tempat buang air besar pun dalam sel tau..
Di Sebalik Tirai Besi
Pihak Muzium Penjara Malaysia telah mengadakan persembahan yang dinamakan ' Pocket Show' bagi kita orang awam merasai kehidupan dalam penjara. Dalam persembahan ini berdasarkan cerita banduan akhir yang menanti hukuman gantung sampai mati di jalankan.
Banduan akhir menanti hukuman
Banduan akhir ini melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti membunuh dan mengedar dadah. Betul orang kata ratapan manusia di saat kematian atau kesakitan kita akan panggil ibu kita. Hakikatnya itu yang di lalui oleh banduan akhir. Ini telah di terjemahkan melalui persembahan 'Pocket show'. Gambarannya sedih..walaupun hanya sekadar lakonan tetap sedih. Hati kak z pilu..bayangkan kita di tempat mereka...
Sel Banduan
Bila banduan sebut..ibuuuu...sentap..tahan air mata jap. Oh ini rupanya rasa bila kita dah tahu hukuman kita. Hati gundah gulana. Dalam bilik yang sempit dan panas. Tanpa kipas dan tingkap yang luas untuk melihat kehijauan pokok diluar. Tiada keistimewaan pun kepada banduan akhir ini.
Bersama Banduan Yang Membunuh Orang
p/s pelakon yang berlakun watak Hafiz
Hanya di asingkan dari sel-sel lain dan hidup dalamnya sel seorang diri. Kenapa? Supaya dia tidak bergaduh semasa hati dia celaru. Skrip cerita ini berdasarkan cerita yang sebenar dari pengalaman warder penjara.
Bilik Sel yang sempit
Pintu Jeriji
Bagi banduan lain mungkin hidup berhimpit-himpit. Dari lukisan mural yang di lukis oleh banduan kita tahu mereka juga tidak sabar untuk keluar dengan menghitung hari. Lukisan banduan ini adalah ungkapan rasa hati mereka. Mereka penjenayah tapi mereka juga manusia yang ada rasa sedih dan gembira. Pelbagai lukisan yang di lukis. Rindu anak, isteri, ibu bapa dan macam-macamlah.
Langkah terakhir
Apapun kak z menghayati rasa hati mereka. Kak z sedih. Adakah kita hendak jadi jahat? Pastinya tidak. Kenapa ini terjadi? Kita kena tanya semula diri kita. Sebab kita boleh jadi baik kalau kita tidak pilih jahat. Seeloknya kita jauhkan diri dari jadi jahat. Untuk elakkan diri duduk di belakang tirai besi..
Ok bai
No comments:
Post a Comment