23 January 2016

Legoland Malaysia..impian anak-anak tercapai

Selama ini anak-anak hanya mendengar cerita dari sepupu-sepupu diaorang bestnya legoland. Alhamdullilah.. tarikh 22hb Jan 2016 impian diaorang tercapai untuk ke Legoland. Geng Kelab Blogger Ben Ashaari telah di jemput Ke Majlis perasmian Monkey Around At Legoland  Malaysia.

Pihak penganjur menyediakan bus dari Kuala Lumpur ke Legoland Johor. So bus kena ambil akak di Restoran Jejantas Ayer Keroh arah selatan.


Pukul 4.00 pagi akak kejutkan anak-anak bangun sebab hendak kejarkan bus pukul 6.00pagi. Tunggulah kami 5 orang dalam gelap. Bus sampai pukul 6.45 pagi. jenuh menunggu. Naik bus terus tidur. Mana tidaknya awal dah bangun. Kena bawa bekal. Sebab memang tidak sempat untuk makan. Bawa biskut dan sosej. Seperti selalu brownies untuk adik-adik dalam bus.



Sampai disana pukul 9.20 pagi. Teruja sungguh anak-anak bila sudah sampai. No. 1 wajib ambil gambar depan pintu masuk. Ini kenangan tidak boleh di lupakan. dari tempat di buka selalu sangat diaorang minta. Mak kata sabar.. satu hari mesti sampai. Alhamdullilah tercapai sudah impian anda..


Hanif dan Haris


Ini emak 


Jalan yang kita kena lalu untuk sampai ke pintu masuk. 


Meja Pendaftaran Para Media


Replika yang menyambut kami


Bersama Maskot Ninja Go


Aksi di depan Pintu masuk

Terus terang gayat...mak dan anak-anak jadi gayat.. haaa. Tidak pernah sampai semua Lego. Dari sekecil hingga sebesar semua lego. Kami datang tidak lama. Kerana ini adalah lawatan kerja. Mungkin di kesempatan lain kami akan datang lagi. Hanya 60% sahaja yang kami mampu sampai sebab kesuntukan masa. Mak janji lepas ni kita jalan dan main semua permainan dalam ini. 

Selesai upacara perasmian kami di jamu di Market Restorant...hambik ko makan sempai kenyang. Mak yang diet ni pun cheat day, Kalau tidak rugi. semua sedap dan menarik. Rasanya Hanif, Haris dan Hanis lebih tertarik dengan permainan yang ada dari makan. Mak dan Abang Hakim yang masih duduk dalam restoran ini hingga akhir.

Selepas itu kami berjalan dari satu mainan ke satu mainan yang lain. Seronok gua cakap sama lu. Aku yang dah 43 tahun ni jadi 13 tahun. 3 roller coster mak naik dengan anak-anak.menjerit macam orang gial. Walaupun takut tapi hendak naik juga. Paling kelakar kat atas tu.. Momee adik takut.. pucat lesi anak aku.. mak cakap kat dia jerit kuat-kuat adik nanti hilang takut. nak tau sepanjang naik permainan tu.. mak tutup mata..adehhh.. kecut perut aku..sudah-sudah ...! nanti akak cerita lagi pengalaman kami di dalam taman tema di siri akan datang.. sebab panjang  weeiii.. nanti korang boring..

Bus kami bertolak pukul 7.00 malam dan sampai di Ayer Keroh pada pukul 9.30 malam..Cakap kat kanak-kanak ..nanti kita pergi lagi.. lama sedikit .

ok akak nak tidur.. esok akak akan cerita tenpat menarik dalam taman tema dan taman air Legoland

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...