23 January 2016

Legoland Malaysia Membina Lego Monkey terbanyak



Sempena Tahun Baru Cina, Legoland Malaysia Resort berusaha mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records iaitu membina Lego Monkey terbanyak. Legoland Malaysia menyasarkan untuk membina 2,016 replika Lego Monkey.









Legoland telah menjemput para media dan blogger untuk bersama-sama dalam menjayakan cabaran ini pada 22hb Jan 2016. Majlis ini di adakan di dalam Theme Park Legoland. Cabaran ini telah di rasmikan oleh Dato’ Mirza Mohamad Taiyab, Director General Tourism Malaysia .

Mr Mark Germyn, Pengurus Besar Legoland Malaysia berkata, Tahun Baru Cina adalah sesuatu istimewa untuk di rakan. Oleh itu mereka menyediakan sesuatu yang istimewa untuk perayaan ini kerana cuti hujung minggu yang panjang dan para pengunjung boleh membantu Legoland Malaysia untuk menyiapkan Lego Monkey mereka.

Legoland Malaysia mengadakan promosi yang menarik dengan menawarkan 1/2 harga kepada yang membawa kawan. Promosi ini bermula dari 12hb Januari  dan berakhir 5hb Februari 2016. Sesiapa yang membeli promosi ini akan mendapat 'Lunar New Year Commemorative brick.


Tarian Singa

Pada 22hb Januari 2016, para media telah di jemput untuk hadir bagi merasmikan acara ini. Kami di beri peluang beramah mesra dengan kakitangan Legoland  Malaysia dan wakil dari Malaysia Book Of Records. Pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya persembahan tarian singa dan membina Lego Monkey. Acara ini berlansung dengan sungguh meriah sekali.


Gigih mak. selalunya anak-anak yang main hari ini peluang kepada ibunya.


Jadi sudah Lego Monkey ku

Selama ini kita sebagai para ibu hanya melihat anak-anak membina lego mereka. Hari ini peluang kepada kami untuk membina salah satu dari 2,016  Lego Monkey untuk di rekodkan dalam Malaysia Book of Records. Mudah sahaja kerana kita di beri pandua, sebanyak 30 langkah membina replika tersebut.


Blogger Team bersama dengan Wakil Malaysia Book Of Record dan PR Legoland

Majlis ini di ikuti dengan menikmati makanan Yee Sang beramai-ramai di Market Restorant erletak di dalam tema ini. Acara berakhir lebih kurang 12.00 tengahari. Apa pun terima kasih Legoland Malaysia menjemput kami bagi memeriahkan acara ini.









Good Luck Legoland Malaysia!!

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...